Doa Untuk Sahabat: Untuk Kebaikan dan Kesejahteraan





Amalan Doa untuk Sahabat: Penuh Kebaikan dan Kesyukuran

Keutamaan Doa bagi Sahabat

Selain memberi kata-kata yang menjana positif, amalan yang lebih baik adalah dengan sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabat-sahabat kita.

Doa adalah satu senjata yang dimiliki oleh individu yang beriman dan ia penting bagi mereka yang sentiasa berharap dan berserah kepada Allah, yang dijelaskan dalam Al-Quran seperti berikut:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku sentiasa dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Oleh itu, hendaklah mereka mematuhi (perintahKu) dan beriman kepadaKu agar mereka mencapai kebenaran.”

[al-Baqarah:186]

Menurut hadis yang sahih dan dinyatakan dalam kitab Sahih Muslim, doa secara senyap-senyap untuk sahabat juga amat digalakkan dan merupakan doa yang diijabah oleh Allah, seperti yang berikut:

“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah diijabah. Terdapat seorang malaikat di atas kepalanya yang dipertanggungjawabkan untuknya. Setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang diwakilkan akan menjawab: “Amin, dan begitulah juga untukmu (seperti yang didoakan itu)”.

[Riwayat Muslim (4914)]

Sumber: Laman web Mufti Wilayah Persekutuan

See also  Bantuan Khas Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara

Senarai Doa-Doa Untuk Sahabat

Doa Pertama

“Ya Allah, kami memohon keselamatan dalam agama kami, kesihatan badan, bertambahnya ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum ajal menemui, rahmat semasa ajal dan keampunan selepas kematian. Ya Allah, permudahkan kami ketika menghadapi kematian, selamatkan kami dari azab neraka, ampunilah kami pada hari perhitungan.”

Doa Kedua

“Wahai Tuhan kami, berikanlah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang lebih awal beriman daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan permusuhan terbit dalam hati kami terhadap orang-orang beriman. Wahai Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyayang lagi Maha Penyantun.”

Doa Ketiga

“Ya Allah, berikanlah ampun kepada saya, ibu bapa saya dan orang-orang yang beriman pada hari hisab.”

Doa Keempat

“Ya Allah, berikanlah kami petunjuk dan permudahkanlah petunjuk-Mu bagi kami. Jadikanlah kami dari golongan yang berakal, berilah kami pertolongan dan kebahagiaan, permudahkanlah kehidupan kami, berikanlah kami pakaian yang baik, jadikanlah kami orang yang bersyukur atas segala nikmat-Mu.”

Doa Kelima

“Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini disayangi oleh orang-orang beriman dan jadikanlah dia juga mencintai orang beriman.”

See also  Doa Nabi Daud – Agar Dicintai Allah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top