Kelapa Laut: Buah Ajaib dengan Banyak Khasiat
Anda pernah dengar mengenai buah kelapa laut sebelum ini? Buah yang tidak ramai yang kenal tetapi sering digunakan sebagai ubat batuk.
Nama saintifik bagi buah ini ialah Lodoicea maldivica.
Mula-mulanya dikenali sebagai kelapa Maldives sebelum abad ke-18 kerana terdapat di pantai-pantai negara tersebut.
Kini, ia lebih popular dengan panggilan kelapa laut atau sea coconut.
Betapa pun, kelapa laut sebenarnya bukan kelapa sejati. Ia adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae bersama dengan kelapa dan nipah.
Buah ini digunakan dalam perubatan tradisional Ayuverda dan Siddha, serta menjadi penambah rasa dalam sup di bahagian selatan China.
Di Asia, kelapa laut sering digunakan dalam minuman manis seperti cendol dan lee chee kang dengan isi yang lembut, manis, dan menyegarkan.
Meskipun tumbuhan endemik di Seychelles, buah ini mendapat permintaan tinggi di Asia. Thailand kini menjadi pengeluar utama di rantau ini.
Nutrisi & Khasiat Buah Kelapa Laut
Kategori sebagai makanan sejuk dalam perubatan tradisional Cina, buah ini digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti loya, sakit perut, dan batuk.
Selain dimakan mentah, ia juga boleh disapu pada kulit untuk meredakan keradangan.
Buah kelapa laut kaya dengan nutrisi penting yang baik untuk kesihatan tubuh.
Baik untuk Kesihatan Tulang
Ia mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu memelihara kesihatan tulang dan gigi.
Kaya dengan Vitamin C
Kandungan vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan melindungi dari jangkitan. Vitamin C juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat batuk.
Sumber Potassium yang Baik
Kandungan potassium tinggi dalam kelapa laut membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh.
Buah ini juga kaya dengan zink, zat besi, dan vitamin B yang penting untuk kesihatan tubuh.
Buah kelapa laut bukan sahaja sedap, tetapi juga kaya dengan khasiat penting untuk kesihatan tubuh. Rasa manis dan menyegarkan sesuai untuk dinikmati di hari yang panas.
Jika berpeluang, cubalah buah ini dan rasai sendiri manfaatnya bersama keluarga.
Sumber: Asian Inspirations, Specialty Produce, Missouri Botanical Garden
Baca Juga: Khasiat Kelapa Muda: Manfaat dan Pantang Larang