Perbezaan: Ikan Sardin vs Ikan Mackerel (Dalam Tin)

Mungkin ada di antara kita yang tidak menyedari bahawa ada dua jenis ikan yang biasanya digunakan oleh syarikat pengetinan ikan, iaitu Ikan Sardin dan Ikan Mackerel. Walaupun kedua-dua jenis ikan ini sering ditemui dalam tin yang sama, ada beberapa perbezaan yang penting untuk kita ketahui.

Beza Ikan Sardin dan Ikan Mackerel

Ikan Sardin dan Ikan Mackerel (juga dieja makarel) bukan sahaja berbeza dari segi jenis, tetapi juga dari segi cara pemprosesan. Ikan Mackerel dan Ikan Sardin tidak berada dalam kumpulan ikan yang sama, jadi cara pemprosesannya juga berbeza. Jika prosesnya sama, salah satu jenis ikan mungkin mudah rosak.

Selain itu, perbezaan lain antara kedua-dua jenis ikan ini adalah saiz dan jumlah ketulan ikan yang dimasukkan semasa proses pengetinan. Untuk tin yang bertanda ‘ikan sardin’, saiz ikannya agak kecil dan jumlahnya lebih banyak, biasanya ada 4 ketul. Manakala untuk tin yang bertanda ‘ikan mackerel’, jumlahnya agak sedikit, biasanya hanya ada 2 ketul, tetapi saiz ikannya agak besar.

See also  Kenapa Makan Petai Kencing Jadi Berbau?

Mana Satu Lebih Sedap

Dari segi rasa, kedua-dua jenis ikan ini hampir sama. Namun, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan sama ada kita mahu banyak ketulan ikan atau sedikit, dan jenis ikan apa yang kita mahu masak.

Jadi, lepas ini jangan terkejut jika jumlah ikan dalam tin itu sedikit atau banyak. Selamat membeli-belah!

P/S: Ingatlah, jika isteri anda minta anda beli ikan dalm tin, pastikan anda tanya dulu jenis ikan apa yang dia mahu, sama ada Sardin atau Mackerel. Kecuali jika isteri anda tidak kisah ikan jenis apa asalkan anda bawa pulang tin berwarna merah kuning (Ayam brand).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top