Drama Barista: Misi Terpaling Sulit

Kandungan

  1. Pengenalan
  2. Maklumat Siri
  3. Watak Pelakon
  4. Sinopsis

Pengenalan

Astro, melalui Gempak, kini membawa siri terbaru yang berkonsepkan ‘spy’ dengan plot yang menarik dan menghiburkan penonton melalui ‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’. Siri ini diarahkan oleh Norhanisham Muhammad atau dikenali sebagai ‘Labu’, dengan skrip yang ditulis oleh Sham Hashim.

Maklumat Siri Barista: Misi Terpaling Sulit

  • Episod: 10
  • Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2023
  • Waktu Siaran: Khamis, 11.00 malam
  • Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
  • Penulis Skrip: Sham Hashim
  • Pengarah: Norhanisham Muhammad (Labu)
  • Produksi: Arie Zaharie Production Sdn Bhd

Watak Pelakon

  • Sheryy Al Hadad sebagai Ejen M
  • Kamal Adli sebagai Ejen G
  • Nadia Brian sebagai Ejen K
  • Emelda Rosemila sebagai Senator Salbiah
  • Khir Rahman sebagai Kapten Hali
  • Luqman Hafidz sebagai Pesot
  • Mek Yun sebagai Onot
  • Zarul Husin sebagai Kapten W
  • Arie Zaharie sebagai Markonah
  • Aziz M Osman sebagai Pak Ngah

Sinopsis Barista: Misi Terpaling Sulit

Badan Anti Radical Insurgent Teroris Andorsia atau B.A.R.I.S.T.A adalah agensi perisikan Andorsia yang sering terlibat dalam misi-misi perisikan, anti-pengganas, dan penyiasatan antarabangsa.

See also  Filem Sazali Meor Coco (#Tetiber U-Tuber)

Ketika menjalani misi untuk menghapuskan KURAP, Ejen K diculik oleh pengganas. Untuk menyelamatkannya, Ejen M dan Ejen Gee dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan ini. Namun, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan. Ejen K dituduh sengaja ditangkap kerana mahu belot pada agensi mereka.

Siri ini akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2023, setiap Khamis jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top