Drama Budak Hostel Otaknya Sewel (Astro Ria)

Kandungan

  1. Pengenalan Drama
  2. Maklumat Drama
  3. Barisan Pelakon & Watak Lakonan
  4. Sinopsis Drama

Pengenalan Drama

Budak Hostel Otaknya Sewel adalah drama terbaru yang akan disiarkan mulai 31 Julai 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria 104 atau secara online di Astro Go. Drama ini akan menggantikan drama sebelumnya, Chinta Wrong Direction.

Maklumat Drama

Butiran Penerangan
Episod 18
Tayangan Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh Mulai 31 Julai 2023 (Isnin – Khamis)
Masa 10.00 Malam
Pengarah Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi Radius One Sdn. Bhd.

Drama ini adalah adaptasi novel dengan judul yang sama karya Hasrul Rizwan.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama ini menampilkan barisan pelakon yang berbakat:

  • Tuah Adzmi sebagai Akil
  • Zarul Imran sebagai Borhan
  • Bai Haq Majid sebagai Mat Piah
  • Adam Eji sebagai Widad
  • Izz Ilham sebagai Cupin
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki
  • Syarnaaz Ahmad sebagai Cikgu Daniel
  • Datin Natasya sebagai Cikgu Murnin
  • Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
  • Aya Amiruddin sebagai Balkis T
  • Dan ramai lagi pelakon lain yang akan memeriahkan drama ini.
See also  Filem Kum (tonton)

Sinopsis Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

Drama ini mengisahkan tentang Akhil yang dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan, untuk mencuri barang Zakiah Merican, pelajar perempuan paling popular. Jika Akhil berjaya, Borhan akan pulangkan surat rahsia milik Akhil.

Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil merancang strategi memasuki asrama perempuan. Mereka perlu berhadapan dengan warden garang, Cikgu Marzuki, dan pesaingnya, Cikgu Daniel, dalam cubaan memenangi hati Cikgu Murni.

Kesempatan itu diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun, sesuatu perangkap menanti setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top