Drama Framed (Astro Originals)

Astro menghadirkan ‘Framed’, sebuah siri premium Astro Originals hasil keluaran Astro Shaw bersama Independent Pictures Sdn Bhd. Drama terbaru ini menampilkan misteri konspirasi jenayah yang melibatkan takdir dan kejadian di luar kawalan, akan mula disiarkan pada 3 Mei 2024, jam 9 malam melalui Astro Premier (Saluran 410). Eposod awal juga boleh ditonton setiap minggu bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand, Astro GO dan sooka.

Dipersembahkan dengan penuh debaran, ‘Framed’ diarahkan oleh Sein Qudsi dan cerita serta skrip dikarya oleh Kyle Ezra Groonting. Drama premium 8 episod ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Meerqeen, Mimi Lana, Sangeeta, Ram Raaga dan ramai lagi.

Framed Episod: 8

Tarikh Tayangan: 3 Mei 2024

Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam

Rangkaian: Astro Ria, Astro Premier, Astro GO

Penulis Skrip: Kyle Ezra Groonting

Pengarah: Sein Qudsi

Produksi: Astro Shaw & Independent Pictures

Lagu Tema: Udara – Nadira Zaini

Watak Pelakon:

Mimi Lana sebagai Lia

Sangeeta Krishnasamy sebagai Rita

Ram Raaga sebagai Navin

See also  Bakal Menantu Hajah Noraini

Riz Amin sebagai Gibran

Zamarul Hisham sebagai Mansur

Khir Rahman sebagai Hassan

Nam Ron sebagai Aziz

Kahoe Hon sebagai Ka Hong

Vanidah Imran sebagai Sara

Shaza Bae sebagai Azlina

Sinopsis Framed:
Melalui pengembaraan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama yang mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku di masa hadapan.

Dengan petunjuk dari gambar-gambar yang dicetak, Lia secara tidak sengaja mula menyiasat untuk mengungkap kisah kehilangan ibunya.

Sementara menjalankan penyiasatan ini, Lia bertemu dengan Edi, seorang aktivis alam sekitar, dan mereka mula mendapat petunjuk mengenai konspirasi pencemaran alam sekitar yang berlaku di bandar Krung Merah 10 tahun lalu, yang berkait rapat dengan kehilangan anggota keluarganya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top