Drama Kuih Muah

Jom saksikan drama Tonton Original Series, Kuih Muah yang akan ditayangkan pada 11 April 2024 di tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton.

Kuih Muah

Episod: –

Tarikh Tayangan: 11 April 2024

Pengarah: Joon Goh

Produksi: Cult Film

Watak Pelakon

– Shukri Yahaya sebagai Adam
– Ezzanie Jasny sebagai Shahida
– Raden Zaharatul sebagai Ruhana
– Muaz Zabir sebagai Kyle
– Kismah Johar sebagai Nenek
– Roy Azman

Sinopsis Kuih Muah Kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya yang mengejutkan, Adam (Shukri Yahaya) yakin bahawa dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya. Adam berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana (Raden Zaharatul) kecewa. Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada nenek (Kismah Johar), Adam mempelajari seni membuat kuih. Persaingan tercetus apabila Kyle (Muaz Zabir), rakan sekolah yang sudah lama bermusuh dengan Adam tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih konsep hipster. Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam, tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam.

See also  Filem Leha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top