Drama Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

Sebuah drama bersiri 40 episod berjudul Luruhnya Bunga Cinta akan disiarkan melalui slot Akasia TV3. Drama ini diadaptasi dari drama popular Korea iaitu Autumn In My Heart. Save tarikh dan masa dan jangan lupa menontonnya nanti!

Drama Luruhnya Bunga Cinta

  • Episod: 40
  • Tarikh Tayangan: 19 September 2023
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3
  • Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
  • Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon

  • Redza Rosli sebagai Nuh
  • Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya
  • Nabila Razali sebagai Sarah
  • Auni Yusri sebagai Aara
  • Iman Suhana sebagai Khalsom
  • Bella Hanna
  • Aniq Durar
  • Shah Rezza
  • Laila Nasir
  • Eizlan Yusof
  • Zila Bakarin
  • Watie Sadali
  • Raja Azmi
  • Hafiz Halim

Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta

Menceritakan nasib dua gadis, Aara dan Nuha, yang identitinya tertukar sejak lahir dan bagaimana kehidupan mereka berubah secara drastik apabila rahsia lama itu terdedah.

Jamaludin dan Adita, yang sedang menanti kelahiran puteri mereka, Aara, terpaksa berpindah ke klinik desa disebabkan oleh hujan lebat dan jalan utama ke bandar besar terhalang oleh pokok tumbang. Pada masa yang sama, Noriah juga melahirkan puteri, Nuha, di klinik yang sama. Akibat kelalaian, tag nama ibu pada katil bayi terjatuh dan tertukar, menyebabkan Aara dan Nuha dibawa pulang oleh keluarga yang salah.

See also  Drama Komedi "Sakit Tengkuk Betul Lah" (TV Okey)

Beberapa tahun kemudian, kedua gadis itu bersekolah di tempat yang sama. Nuha dibesarkan dalam keluarga Jamaludin dan Adita yang beragama, sementara Aara tinggal dalam kemiskinan bersama keluarga Noriah. Nuha, yang lembut dan disayangi oleh keluarganya, berbanding Aara yang hidup dalam keadaan susah dan iri hati terhadap kehidupan Nuha.

Suatu hari, Nuha menghadapi kecederaan serius dan didiagnosa dengan Talasemia, membangkitkan kecurigaan Jamaludin kerana tiada rekod penyakit tersebut dalam keluarga mereka. Akhirnya, rahsia besar terungkap—Aara dan Nuha telah tertukar sejak lahir.

Aara, yang selama ini merasa tidak puas hati dengan kehidupannya, memilih untuk tinggal dalam kemewahan bersama Jamaludin dan Adita. Sementara itu, Nuha dengan berat hati menerima realiti baru dan tinggal bersama keluarga Noriah.

Hubungan antara Nuha dan abangnya, Nuh, terputus apabila keluarga Jamaludin berpindah ke luar negara kerana tawaran kerja. Bagaimanakah mereka akan menghadapi perubahan drastik dalam kehidupan mereka? Apakah yang akan berlaku kepada Nuha dan Aara?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top