E-Dereg: Sistem Pelupusan Kereta Lama Secara Online

Sistem E-Dereg memudahkan proses pembatalan pendaftaran kenderaan

Sat ini, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif baru bernama E-Dereg untuk mempermudah proses pembatalan pendaftaran kenderaan. Inisiatif ini diharapkan dapat mengatasi masalah kenderaan terbiar yang menjadi beban Pihak Berkuasa Tempatan dan penduduk setempat.

Di Selangor, terdapat ribuan kenderaan terbiar yang bukan sahaja mengganggu masyarakat tetapi juga membawa risiko kepada alam sekitar.

Sebelum ini, proses membatalkan pendaftaran kenderaan melibatkan pengeluaran notis oleh majlis tempatan kepada pemilik berdaftar. Namun, dengan pengenalan sistem E-Dereg, proses ini menjadi lebih mudah dan cepat.

Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian

e-dereg lupus kenderaan

Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan secara Dalam Talian atau E-Dereg merupakan satu sistem dalam talian yang membolehkan pemilik kenderaan untuk membatalkan pendaftaran kenderaan dengan mudah.

Proses yang dulunya memerlukan ke hadapan pejabat JPJ kini boleh dilakukan dalam masa lima minit melalui pusat perintis di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih.

  • Tidak perlu pergi ke pejabat JPJ.
  • Pemilik perlu menghubungi Car Medic untuk temujanji.
  • Hadiri premis Car Medic untuk proses pembatalan.
See also  Cara Hilangkan Selsema Tanpa Ubat, Cuba 10 Tips Berkesan!

Objektif E-Dereg

Matlamat utama E-Dereg adalah untuk menggalakkan pemilik kenderaan berusia 30 atau 40 tahun yang sudah tidak layak beroperasi untuk membuang kenderaan mereka dengan lebih mudah. Melalui sistem ini, proses pembatalan pendaftaran kenderaan menjadi lebih efisien.

Pemilik hanya perlu mengesahkan identiti mereka dengan menggunakan MyKad dan cap jari. Sistem ini turut merangkumi penubuhan pusat pelupusan kenderaan secara sah dan mesra alam yang mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top