Siaran Langsung Malaysia Vs Oman Kelayakan Piala Dunia 2026

Malaysia Berdepan Oman Live Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Perlawanan penting antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026/Piala Asia 2027 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 10.00. Ini merupakan pertandingan kedua antara Malaysia dan Oman setelah Malaysia menelan kekalahan 2-0 kepada Oman dalam perlawanan sebelum ini.

Jurulatih Kim-Pan Gon berharap anak-anak buahnya dapat menunjukkan aksi yang terbaik pada perlawanan tersebut. Pasukan Malaysia perlu menghasilkan prestasi yang cemerlang untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dan meningkatkan kedudukan mereka dalam carta kumpulan D yang kini berada di posisi ketiga.

Siaran Langsung Malaysia Vs Oman

siaran langsung malaysia vs oman

Perlawanan antara Malaysia dan Oman boleh ditonton secara langsung melalui Sukan RTM dan Astro Arena bermula pada jam 9.30 malam.

Malaysia akan menjadi tuan rumah dalam permainan tersebut dan sepak mula akan berlangsung pada jam 10.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Senarai Pemain

Berikut adalah senarai 24 pemain yang mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman:

See also  Hari Kemerdekaan Sabah 2024
malaysia vs oman
  • Syihan Hazmi -GK
  • Azri Ghani -GK
  • Suhaimi Husin -GK
  • Lavere Corbin-Ong
  • Sharul Saad
  • Sharul Nazeem
  • Harith Haikal
  • Dominic Tan
  • Danial Tan
  • Daniel Ting
  • Azam Azmi Murad
  • Dion Cools
  • Brendan Gan
  • Endrick Dos Santos
  • Syamer Kutty
  • Mukairi Ajmal
  • Stuart Wilkin
  • Paulo Jouse
  • Nooa Laine
  • Arif Aiman Hanapi
  • Safawi Rasid
  • Akhyar Rashid
  • Faisal Halim
  • Darren Lok
  • Romel Morales

Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia vs Oman 2024 Seluruh Negara

Kementerian Belia dan Sukan Negara bersama-sama FAM telah menyediakan lokasi tayangan skrin besar bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di seluruh negara. Untuk lokasi tontonan skrin besar di seluruh negara, rujuk poster berikut:

malaysia vs oman

Sejarah Perlawanan Antara Malaysia vs Oman dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA

Pertemuan antara Malaysia dan Oman dalam kelayakan Piala Dunia FIFA menunjukkan persaingan yang sengit di antara kedua-dua pasukan. Oman memiliki kelebihan dengan memenangi empat dari tujuh pertemuan sebelum ini. Sementara Malaysia berjaya menang dua kali, dan satu perlawanan berakhir dengan seri.

See also  Waktu Solat Aidil Adha & Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir?

Dalam pertemuan terkini di kelayakan Piala Dunia FIFA 2026, Oman menewaskan Malaysia dengan skor 2-0 di Muscat. Prestasi Oman menghasilkan kemenangan tersebut membawa mereka ke puncak Kumpulan D. Meskipun demikian, Malaysia perlu memberikan aksi yang lebih baik pada perlawanan akan datang.

Tiket Perlawanan

Untuk penonton yang ingin menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, tiket boleh dibeli secara atas talian di https://www.tickethotline.com.my

Perlanjutan Operasi Stesen LRT Bukit Jalil

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Keputusan Perlawanan

Maklumat terkini mengenai keputusan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top