Filem The Lord Musang King

The Lord Musang King, sebuah filem aksi hasil kerjasama antara Malaysia dan Korea Selatan, diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd. Filem ini menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris, dan Korea.

Ia menampilkan pelakon-pelakon Malaysia seperti Yusuf Bahrin, Harissa Adlynn Halim, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil, dan Jay Iswazir. Sementara itu, pelakon dari Korea Selatan termasuk Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk. The Lord Musang King dijadualkan ditayangkan di pawagam bermula 21 Disember 2023.

The Lord Musang King

  • Genre: Aksi / Jenayah
  • Tarikh Tayangan: 21 Disember 2023
  • Penulis Skrip: Shi Zhong Yuan
  • Pengarah: Lee Moon-Ho
  • Produksi: Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Yusuf Bahrin sebagai Haikal
  • Eddie Chow sebagai Cheon Jin
  • Fimie Don sebagai Fiezol
  • Harissa Adlynn Halim sebagai Natasha
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Samad
  • Azri Sabri sebagai Faruk
  • Kim Bo-Yeon sebagai Jianna
  • Kwak Dong-Hyuk
  • Jay Iswazir sebagai Inspektor Shahar
  • Shyrim sebagai Dwan

Sinopsis The Lord Musang King

Filem ini mengisahkan tentang Haikal, seorang pekebun durian yang berjaya namun diperdaya dan dipenjarakan. Bapanya, Samad, membuat perjanjian dengan ahli perniagaan Korea Selatan, Jin, untuk membebaskan Haikal dari penjara.

See also  Biodata Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (Datuk Gmix)

Namun, Samad terbunuh oleh ‘taikun’ Korea Selatan semasa cuba membebaskan anaknya. Setelah mengetahui kejadian sebenar, Haikal berusaha menuntut keadilan atas kematian bapanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top