Panduan & Contoh Folio (Kerja Kursus)

Sebelum membuat folio, pelajar perlu bersedia dan merujuk kepada contoh folio yang sedia ada untuk panduan.

Folio melibatkan penyelidikan terlebih dahulu sebelum ia disusun dan dijilidkan seperti sebuah buku.

Maksud Folio

Maksud folio adalah suatu dokumen yang menerangkan hasil kajian secara ringkas mengenai sesuatu tajuk.

Panduan Penulisan Folio

Untuk menulis folio, terdapat perkara-perkara penting yang perlu diambil kira:

  • Muka depan: Maklumat berkaitan seperti Nama Sekolah, Nama Kumpulan, Senarai Ahli Kumpulan, Tajuk Tugasan, dan sebagainya.
  • Tajuk: Lampirkan helaian Kertas Tugasan yang diberikan jika ada.
  • Isi kandungan: Nyatakan senarai bilangan dan isi kandungan serta halaman.
  • Penghargaan: Sertakan ucapan terima kasih kepada pihak yang membantu.
  • Pendahuluan (jika perlu): Perincikan diri dan tujuan kajian.
  • Hasil kajian / Isi-isi penting kajian: Terangkan hasil kajian dengan subtopik seperti esei, jadual, graf, dan lain-lain.
  • Kesimpulan: Ringkaskan hasil kajian.
  • Lampiran: Sisipkan gambar, dokumen, dan sebagainya.
  • Rujukan: Tulis segala rujukan seperti buku atau laman web yang dirujuk.

Contoh Folio

Contoh contoh folio yang boleh dikaji adalah seperti berikut:

See also  Asam Keping Penganti Asam Jawa, Ini Cara Pembuatannya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top