Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya

Apakah itu “Gaji Bersih”, “Gaji Kasar” dan “Gaji Pokok”?

Apabila merancang kewangan, “gaji bersih” adalah jumlah penting yang perlu diberi perhatian. Dari jumlah gaji bersih ini, perancangan kewangan bulanan dapat dibuat dengan lebih efisien.

Selain daripada itu, terdapat juga istilah “gaji kasar” dan “gaji pokok” yang sering kali diperbincangkan. Jadi, apakah perbezaan di antara ketiga-tiga istilah tersebut?

gaji bersih

Maksud “Gaji Bersih”

“Gaji bersih” merujuk kepada jumlah wang yang diterima atau dimasukkan ke dalam akaun bank selepas ditolak segala potongan seperti KWSP, SOCO/Perkeso, dan potongan lain yang dikenakan oleh majikan.

Secara ringkasnya, gaji bersih juga merangkumi elaun tambahan seperti elaun pengangkutan, elaun kerja lebih masa, dan sebagainya yang telah dipersetujui oleh majikan dalam kontrak tawaran kerja.

gaji bersih

Maksud “Gaji Kasar”

Gaji kasar pula merujuk kepada gaji asas yang telah dicampur dengan elaun tambahan, namun belum termasuk sebarang potongan atau caruman yang perlu dibuat.

Iklan jawatan kosong kerap menggunakan jumlah “gaji kasar” dalam tawaran kerja untuk memberikan kesan gaji yang lebih tinggi kepada bakal pekerja.

See also  Pengambilan TLDM 2024 – Permohonan & Semakan (navy.mil.my)
gaji kasar

Maksud “Gaji Pokok”

Gaji pokok pula merujuk kepada gaji asas atau biasa disebut sebagai “gaji basic”. Ia adalah jumlah gaji bulanan yang diterima tanpa sebarang elaun atau potongan.

Jika slip gaji anda menunjukkan jumlah gaji pokok RM2000, dan tiada elaun lain, jumlah bersih yang anda terima mungkin akan kurang selepas semua potongan dibuat.

Semasa sesi temuduga, anda boleh bertanya kepada majikan sama ada terdapat elaun tambahan untuk jawatan tersebut. Sesetengah pekerjaan menawarkan elaun yang besar, melebihi gaji asas, terutamanya untuk pekerjaan lapangan.

Perbezaan di Antara Ketiganya

Untuk memahami dengan lebih jelas perbezaan antara ketiga istilah ini, boleh merujuk kepada formula mudah berikut:

  • Gaji Pokok: Gaji Asas Sahaja
  • Gaji Kasar: Gaji Asas + Elaun (jika ada)
  • Gaji Bersih: Gaji Asas + Elaun (jika ada) – Potongan

Penyata gaji biasanya akan memaparkan dengan terperinci ketiga-tiga nilai ini.

gaji kasar

Bagi warga kerajaan, e-Penyata Gaji JANM boleh digunakan untuk menyemak slip gaji.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top