Jambu Batu : Kandungan Nutrisi dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Jambu Batu: Lebih Dekat dengan Buah Kegemaran Malaysia

Jambu batu merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia yang dapat diperolehi dengan mudah di pasaran.

Walaupun buah ini bukan buah tempatan, namun kesegaran, kekriukan, dan ketidakmanisannya menjadikan buah ini sesuai sebagai snek untuk seisi keluarga.

Ramai yang menikmatinya dengan serbuk asam atau kuah rojak.

Buah ini sangat ideal untuk dimakan setiap hari kerana kandungan nutrisinya yang tinggi terutamanya vitamin C.

Kandungan Nutrisi dan Kalori Jambu Batu

  • 1/2 biji jambu batu tanpa biji mengandungi nutrisi seperti berikut :
  • Tenaga : 69 kcal
  • Kalori : 37 kalori
  • Karbohidrat : 15 g
  • Protein : 1.7 g
  • Lemak : 0.3 g
  • Serat : 8.0 g
  • Kalsium : 49.5 mg
  • Zat besi : 1.8 mg
  • Natrium : 34.5 mg
  • Kalium : 43.5 mg
  • Vitamin C : 228.0 mg
jambu batu
Sumber : Nutritionist KKM

Manfaat Jambu Batu untuk Kesihatan Tubuh

Sumber Vitamin C Yang Tinggi

Orang dewasa hanya memerlukan 70 mg vitamin C setiap hari untuk memperkuatkan sistem imun, menyembuhkan luka, meningkatkan penyerapan zat besi, dan menjaga sel-sel tubuh.

Makan setengah biji jambu batu sudah cukup kerana ia mengandungi sehingga 228 mg vitamin C! Ini lebih daripada 10 kali ganda kandungan vitamin C dalam sebiji limau mandarin.

See also  Menu ZUS Coffee 2024: Senarai Harga & Promosi Terkini

Vitamin C juga melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari, melambatkan proses penuaan, serta mengekalkan kelembapan dan kecantikan kulit.

jambu batu
Sumber : Facebook Nutritionist KKM

Kaya Dengan Serat

Jambu batu tidak hanya tinggi vitamin C, tetapi juga kaya dengan serat.

Mengambil sebiji jambu batu menyumbang sebanyak 12% daripada keperluan serat harian.

Penyampaian serat yang mencukupi membantu sistem penghadaman dan merawat masalah sembelit.

Baik Untuk Kesihatan Jantung

Vitamin C dalam jambu batu berpotensi untuk mencegah penyakit jantung koronari dan strok.

Kajian menunjukkan bahawa mengambil jambu batu sebagai snek membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan kolestrol, dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Menyokong Penurunan Berat Badan

Jambu batu hanya mengandungi 37 kalori, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Buah ini kaya dengan vitamin dan mineral penting serta tinggi serat, memberikan rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

jambu batu

Berdasarkan Panduan Diet Malaysia, disarankan untuk mengambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari.

Oleh itu, meningkatkan pengambilan jambu batu dan buah-buahan lain adalah penting untuk kesihatan.

See also  Kalendar Akademik UM 2024 / 2025: Tarikh Kuliah, Exam & Cuti

Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk kebaikan kesihatan secara semulajadi.

Elakkan daripada menambah perasa tambahan yang tinggi garam dan gula agar manfaat kudapan sihat tidak berkurangan.

Sumber : Sains Langsung, PubMed, Nutritionist KKM

Baca Juga : Buah Markisa: 8 Khasiat Pada Kesihatan & Cara Makan

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top