Apa Itu Ulser Lidah?
Ulser lidah adalah luka pada permukaan lidah akibat ‘kecederaan’. Ulser ini biasanya berwarna putih atau kekuningan dengan tepi merah dan boleh menimbulkan kesakitan ketika makan atau minum.
Setiap orang mungkin mengalami ulser lidah atas sebab yang berbeza, termasuk kecederaan pemakaian gigi palsu, jangkitan bakteria, atau ketahanan sistem imun yang rendah.
Punca-Punca Ulser Lidah
- Cara menggosok gigi yang salah
- Jangkitan bakteria seperti candida albicans
- Penggunaan ubat gigi atau ubat kumur tertentu
- Kekurangan air dalam badan
- Penyakit berkaitan sistem imun
- Perbuatan seks oral
- Kanser lidah
Gejala dan Tanda-Tanda
Umumnya, ulser lidah akan menunjukkan gejala berikut:
- Kesakitan semasa makan atau minum
- Luka kecil di dalam mulut
- Bengkak atau kemerahan di kawasan luka
- Rasa terbakar atau kesemutan di sekitar luka
- Lepuh berwarna putih atau kekuningan
Cara Menghilangkan Ulser
Untuk mengurangkan kesakitan ulser lidah, anda boleh mencuba kaedah-kaedah berikut:
- Minum air putih secukupnya
- Gunakan air garam untuk kumur-kumur
- Sapukan campuran baking soda pada ulser
- Gunakan ubat-ubatan seperti Bonjela atau Oral Aid
Cara Mengelak Terkena Ulser
Anda boleh mengelakkan ulser lidah dengan mengamalkan langkah-langkah berjaga-jaga seperti:
- Mengamalkan penjagaan mulut yang betul
- Elakkan berbual semasa makan
- Lindungi mulut daripada kecederaan
- Makan makanan berkhasiat dan menjaga pemakanan
Bila Perlu Jumpa Doktor
Jika ulser lidah berlarutan atau mengganggu aktiviti harian anda, adalah lebih baik untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor gigi. Doktor akan dapat memberikan rawatan lanjut yang sesuai untuk mengatasi masalah ulser lidah anda.