Logo Kerajaan Malaysia: Bentuk & Ciri-Cirinya





Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

Ciri-Ciri Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

Logo Rasmi Kerajaan Malaysia, juga dikenali sebagai Jata Negara, merupakan lambang rasmi bagi Kerajaan Malaysia.

Logo ini telah mendapat persetujuan daripada Raja-Raja Melayu dan diwartakan pada 27 Mei 1952.

Pewartaan logo ini dilakukan menerusi Warta Kerajaan P.U. (B) 563: Statut-Statut Lambang Negara Malaysia pada 20 September 1990.

Ciri-Ciri Logo:

  • Bintang pecah 14: Melambangkan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • Anak Bulan dan Bintang: Mewakili agama Islam yang diangkat sebagai agama Persekutuan.
  • Dua Ekor Harimau: Simbol keberanian, kegahaman, dan kekuatan.
  • Lima Bilah Keris: Menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu – Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.
  • Pokok Melaka: Simbol negeri Melaka.
  • Pokok Pinang dan Jambatan Pulau Pinang: Mewakili negeri Pulau Pinang.
  • Jata Sabah: Lambang Sabah.
  • Jata Sarawak: Melambangkan Sarawak.
  • Cogan “BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU”: Tulisan rumi dan jawi di sebelah kanan.
  • Warna kuning pada awan-awan: Merupakan warna diraja bagi Raja-Raja Melayu.
  • Bunga Raya di tengah-tengah: Kebanggaan sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.
  • Warna Merah, Hitam, Putih, dan Kuning:
    • Hitam dan putih bagi bendera Pahang.
    • Merah dan kuning bagi bendera Selangor.
    • Hitam, putih, dan kuning bagi bendera Perak.
    • Merah, hitam, dan kuning bagi bendera Negeri Sembilan.
See also  Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 & Tarikh 1 Syawal 1445
Logo Kerajaan Malaysia

Pemakaian Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

Logo Kerajaan Malaysia adalah hak Kerajaan Persekutuan yang hanya boleh digunakan oleh kementerian, jabatan, dan pegawai-pegawai kerajaan atas urusan rasmi.

Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan tidak dibenarkan menggunakan logo Kerajaan Persekutuan.

Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 2005: Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan menetapkan perkara ini.

Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan Logo Kerajaan Malaysia

Sumber: penerangan.gov.my



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top