Lokasi Kiosk Pendaftaran Mydigital ID Kawasan Sekitar Lembah Klang

MIMOS sedang bergerak aktif dalam menjalankan sesi pendaftaran bagi penjawat awam sejak akhir bulan November 2023 dengan mengunjungi kementerian, agensi, dan jabatan bagi memudah dan melancarkan proses pendaftaran.

Sekiranya terdapat warga kerja yang terlepas sesi pendaftaran di kementerian masing-masing, boleh segera mendaftar di mana-mana lokasi kiosk MyDigital ID. Buat masa ini, lokasi kiosk hanya terhad di sekitar Lembah Klang namun akan ditambah di lokasi-lokasi strategik sebelum pendaftaran awam dibuka pada bulan Julai 2024 akan datang di seluruh negara.

Untuk rujukan, lokasi-lokasi kiosk MyDigital ID di sekitar Lembah Klang buat masa ini adalah seperti berikut:-

  1. Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya
  2. Lobi, Blok C5, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Putrajaya
  3. Lobi, Blok Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya
  4. Lobi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya
  5. Lobi, MAMPU, Cyberjaya
  6. Lobi, MIMOS Berhad, Bukit Jalil

Untuk Maklumat Lanjut Layari :
https://www.digital-id.my/

See also  Kenapa Harga Barang Naik Mendadak di Malaysia?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top