The Hardest Singing Show

Program realiti terbaru Astro, ‘The Hardest Singing Show’ memperkenalkan unsur kehebatan dan keunikan ‘showmanship’ sebagai kriteria penilaian utama, diikuti dengan kestabilan vokal penyanyi tempatan dalam persembahan mereka.

Program ini berkonsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’ yang akan menguji kekuatan fizikal, mental, dan kreativiti peserta semasa persembahan, sekaligus menilai kualiti vokal mereka secara tidak langsung.

Setiap peserta perlu menyajikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ berdasarkan idea dan kreativiti masing-masing. Aspek ini akan memberi impak besar terhadap penilaian akhir dan kedudukan mereka dalam pertandingan hingga ke akhir musim.

Program ini akan menampilkan 9 peserta individu dan kumpulan yang terdiri daripada penyanyi popular seperti Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, dan kumpulan wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis, dan Sophia Liana.

Pengacara terkenal Nabil Ahmad akan bergandingan dengan Rina Nose dari Indonesia untuk mempengerusikan rancangan ini. Panel juri akan terdiri daripada barisan penyanyi, komposer, dan pengarah profesional seperti Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim, dan Zizan Razak.

See also  Drama My Stolen First Kiss (TV3)

Setiap persembahan peserta akan dipertandingkan dengan penilaian 100% daripada panel juri profesional. Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. Penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka untuk menentukan pemenang mingguan yang akan dianugerahkan “The Hardest Gempak Meter” setiap minggu melalui laman rasmi www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Program ini akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104). Tontonan tersebut juga boleh diakses melalui platform On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO, dan Sooka untuk keselesaan penonton.

Proses persediaan peserta dan belakang tabir rancangan akan dipamerkan di Studio The Hardest Singing Show dan BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu untuk penonton.

Selepas konsert utama, Xtended The Hardest Singing Show akan disiarkan pada jam 11.30 malam setiap Ahad, dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top