Cara Masak Sardin Tin Ala Bujang Yang Simple & Sedap

Sardin tin adalah makanan yang dikenali ramai kerana kelezatannya, kemudahan penyediaannya dan kebolehannya untuk dibawa ke mana-mana. Oleh kerana ada anak bujang di rumah, saya suka berkongsi cara masak sardin tin ala bujang. Meskipun bukan resepi viral, kita akan fokus pada resepi sardin simple ala bujang kerana cara memasak sardin ini adalah yang paling mudah dan lazat.

Ada banyak cara untuk memasak sardin, dan ini menghasilkan pelbagai resepi seperti sardin pedas, sardin kicap, sardin goreng dan banyak lagi. Sardin adalah makanan yang sangat fleksibel, apa pun cara memasaknya pasti akan menjadi lazat. Jika dapat menikmati sardin asas ini dengan telur dadar, pasti akan menjadi lebih sedap! Makan dengan telur mata masak kicap pun tidak kalah sedap!

Untuk anak bujang di luar sana, anda boleh mengikuti panduan cara memasak sardin tin bujang yang akan dikongsikan ini. Bahan yang diperlukan juga sangat simple dan mudah!

Bahan-Bahan Memasak Sardin

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sardin yang paling simple dan lazat. Resepi ini mudah, cepat siap, dan simple. Kita hanya menggunakan apa yang ada di dapur.

  • 1 tin sardin (Ayam Brand / King Cup adalah yang terbaik)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis / diketuk)
  • 2 ulas bawang besar (hiris bulat)
  • 3 biji lada hidup / cili padi
  • Sedikit sos cili, kicap, garam dan gula sebagai perasa
  • Sedikit air asam jawa / 1 – 2 keping asam gelugur (jika tidak ada, tidak perlu)
  • Tomato, ubi kentang atau carrot (jika suka)
See also  Pasar Malam Shah Alam

Cara-Cara Memasak Lauk Sardin

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, tunggu sekejap hingga minyak panas.
  2. Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih. Jika suka pedas, masukkan sekali hirisan lada hidup (cili padi). Jika tidak suka pedas, tidak perlu hiris nipis dan boleh terus masukkan sebiji sebiji. Tumis semua bahan hingga menjadi sedikit garing dan naik bau.
  3. Kemudian, masukkan ikan sardin tin. Masukkan juga sedikit air (separuh dari jumlah ikan sardin tin) sebagai kuah. Jangan banyak sangat air, nanti tak sedap. Untuk selamat, air putih boleh ikut sukatan tin sardin penuh.
  4. Anda juga boleh menambah tomato, kentang atau carrot jika suka.
  5. Masukkan sedikit air asam jawa atau asam gelugur untuk memberikan sedikit rasa masam. Jika ingin mengurangkan bau ‘hanyir’ ikan sardin tin (kadangkala ada yang tidak tahan dengan bau ini), boleh letak 1 batang serai yang diketuk atau 2 helai daun limau purut.
  6. Perasakan dengan sedikit sos cili, kicap, garam dan gula. Bila sudah mendidih, kecilkan sedikit api. Biarkan ia mereneh sebentar lagi dan kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
See also  Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Sedikit Info Sebelum Masak Sardin

Di pasaran sekarang ada banyak jenis jenama sardin. Antara yang paling terkenal dan sedap adalah Ayam Brand. Walaupun harganya agak mahal, tetapi berbaloi. Sardin tin ini juga terdiri dari jenis ikan sardin Mackerel dan juga ikan sardin biasa.

Sardin mackeral banyak disukai kerana ia tidak mudah hancur ketika dimasak. Saiz ada pelbagai dan jika tidak mahu membazir, belilah saiz paling kecil (sesuai untuk orang bujang makan sorang atau berdua) dan juga saiz besar (untuk makan ramai-ramai dengan kawan-kawan).

Petua memasak sardin ini sangat asas. Saya sendiri dari dulu hingga sekarang memasak mengikut resepi yang diberikan di sini. Resepi masak sardin memang sedap dan mudah.

Cubalah cara memasak sardin tin viral ala bujang seperti yang telah dikongsikan tadi. Selamat mencuba resepi sardin paling simple ini, wahai anak bujang dan yang seangkatan dengannya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top