Semakan Keputusan Rayuan SBP / Sekolah Khusus 2024/2025

Perkhidmatan Semakan Keputusan Rayuan Sekolah Khusus 2024 (e-Rayuan SBP / SMKA)

PELAJARAN RAYUAN KE PINTU MASUK SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2024

Bagaimanakah tarikh semakan keputusan rayuan Sekolah Khusus @ SBP?

Sekolah Khusus merangkumi sekolah-sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Di sini kami kongsikan maklumat penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat rayuan untuk Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2024

Mengikut maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh semakan keputusan rayuan adalah seperti berikut:

TARIKH PENDAFTARAN DAN RAYUAN

  • Tarikh rayuan : 1 – 18/3/2024
  • Tarikh semakan tawaran rayuan : 9 – 27/4/2024
  • Tarikh pendaftaran rayuan : 22/4/2024

Sila rujuk cara semakan Keputusan Penawaran dan Penempatan Murid Tingkatan 1 dan 4 untuk Kategori Rayuan ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Agama) bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.

semakan rayuan sbp smka

Pautan Semakan Rayuan SBP 2024

INFO KPM: Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke SBP & SMKA bagi sesi 2024/2025 bermula 9 hingga 27 April 2024.

See also  Flavour Mushroom: Dadah Baru Kegilaan Remaja, Ini Kesan Buruknya

Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/

Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/

Sila rujuk tarikh pendaftaran masuk ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang disediakan.

rayuan smka

Semak dengan teliti maklumat yang terkandung.

Jika tawaran diterima, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Tatacara Permohonan Rayuan

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.

  1. e-Rayuan boleh diakses secara dalam talian di:
  2. Pemohon perlu mengklik butang E-Rayuan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk masuk ke dalam sistem.
  4. Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
rayuan smka

NOTA:

  • Tiada rayuan ditawarkan ke Maktab Tentera DiRaja
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik perlu hadir ke lokasi berdekatan untuk rayuan.

Baca juga: Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia

Tarikh Pendaftaran Rayuan SBP 2024

Pendaftaran untuk rayuan ke Sekolah Khusus Tahun 2024 bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah pada 22 April 2024.

See also  Cara Menaikkan Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut mengenai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk poster di bawah:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM. Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546 (8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM. Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371 (8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM. Tel: 03- 8884 3509 / 3684 (8.00 pagi – 5.00 petang)

Untuk maklumat terkini, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau hubungi hotline 03-8000 8000.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top