Semakan Panggilan Ujian i-MEdSI Sesi 2024/2025

Ujian Pemilihan Pendidik Malaysia (MEdSI): Apa Yang Perlu Anda Tahu

Ujian MEdSI merangkumi ujian untuk kemasukan ke program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM dan program setaraf ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Tujuan ujian ini adalah untuk mengenal pasti pelbagai ciri pada calon, antaranya:

  • Personaliti
  • Minat kerjaya
  • Nilai Integriti
  • Kecerdasan Emosi

Soalan dalam ujian ini tidak bersifat benar atau salah tetapi berbentuk psikometrik yang digubal oleh pakar yang terlibat dalam pembinaan instrumen ujian MEdSI.

Tip Mesra Semakan Ujian MEdSI bagi Sesi 2024/2025

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI:

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN i-MEdSI PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF | SESI AKADEMIK 2024/2025

BERMULA 07 MEI 2023 (SELASA) | 5.00 PETANG

UJIAN i-MEdSI BERMULA PADA: 13 MEI 2024 hingga 24 MEI 2024

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

  • Telefon: +6013-415 3016 (Hotline)
  • E-mel: kemasukan.bhea@upsi.edu.my

SEMUA SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI PORTAL RASMI: imedsi.mohe.gov.my

SEMUA CALON PERLU MENGIKUTI TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN

Tip Berjaya dalam Ujian dan Temuduga

Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI telah menyediakan maklumat berguna tentang tips untuk menjawab ujian MEdSI.

See also  Maksud Healing & Cara Untuk Healing

Semasa sesi temuduga, adalah penting untuk kekal tenang dan keyakinan diri ketika menjawab soalan.

Penting untuk sentiasa jujur dan bersikap seperti diri sendiri semasa menjawab soalan yang diberikan.

Juga, ambillah masa untuk berfikir sebentar sebelum menjawab, elakkan daripada memberi jawapan yang tidak relevan.

medsi

Struktur Ujian dan Format Soalan MEdSI

Ujian MEdSI merangkumi 300 soalan yang dibahagikan kepada 4 bahagian:

  1. Bahagian Personaliti – 110 item
  2. Bahagian Kerjaya – 60 item
  3. Bahagian Integriti – 70 item
  4. Bahagian Emosi – 60 item

Pastikan untuk menjawab semua soalan dalam tempoh masa yang diberikan.

Contoh Soalan Bagi Setiap Bahagian:

1. Bahagian Personaliti

“Saya kurang selesa apabila orang lain berjaya lebih daripada saya.”

Pilihan Jawapan:

I = Sangat tidak bersetuju

II = Tidak bersetuju

III = Bersetuju

IV = Sangat bersetuju

2. Bahagian Kerjaya

“Saya tidak suka bos saya tetapi saya akan mematuhi segala arahannya.”

Pilihan Jawapan:

I = Sangat tidak bersetuju

II = Tidak bersetuju

III = Bersetuju

IV = Sangat bersetuju

3. Bahagian Integriti

“Kebolehan menyelesaikan kerja yang mencabar walaupun ia rumit.”

See also  Kurma Butter Viral : Kalori, Khasiat & Cadangan Hidangan

Pilihan Jawapan:

I = Sangat tidak bersetuju

II = Tidak bersetuju

III = Bersetuju

IV = Sangat bersetuju

4. Bahagian Kecerdasan Emosi

“Jika berhadapan dengan tentangan, saya mungkin akan berasa marah.”

Pilihan Jawapan:

I = Sangat tidak bersetuju

II = Tidak bersetuju

III = Bersetuju

IV = Sangat bersetuju

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau aduan berkaitan semakan ujian MEdSI, hubungi Urusetia MEdSI sebagaimana berikut:

Urusetia Permohonan Ijazah
Unit Promosi dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
No. Hotline: 013-4153016
No. Tel: 015-48797982/7872
Emel: kemasukan.bhea@upsi.edu.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top