Tol Percuma Lebuhraya WCE: Jajaran Taiping Selatan – Beruas

Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE): Tol Percuma sehingga 11 Mei 2024

Dengan beroperasinya bahagian Taiping Selatan – Beruas jajaran Lebuhraya Pantai Barat (WCE), pengguna kini boleh menikmati perjalanan tanpa tol sehingga 11 Mei 2024.

Jajaran Taiping Selatan – Beruas ini adalah bahagian ke-11 Lebuhraya Pantai Barat.

Pada awalnya, kerajaan merancang untuk membuka Seksyen 11 (Persimpangan Beruas-Taiping Selatan) WCE pada hujung Disember tahun lepas tetapi terdapat sedikit kelewatan.

Pada masa hadapan, dijangka terdapat dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kedua-dua hala bagi Seksyen 11 ini.

Pembukaan rasmi bahagian ini sebelum Hari Raya Aidilfitri diharapkan dapat mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Pantai Timur semasa musim perayaan.

Tempoh Tol Percuma WCE

Tol Percuma Lebuhraya WCE

Bagi memeriahkan pembukaan Jajaran Seksyen 11 (Taiping Selatan – Beruas) di Lebuhraya WCE, tol percuma akan diberikan bermula dari 12 Mac 2024 hingga 11 Mei 2024.

Tol Percuma WCE

Seksyen 11: Persimpangan Beruas-Taiping Selatan

Hingga kini, 6 Seksyen daripada 11 Seksyen projek WCE telah dibuka kepada orang ramai.

See also  Waktu Solat Raya Aidilfitri – Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

Sebelum pembukaan Seksyen 11 ini, 5 bahagian lain yang telah dibuka adalah:

  • Seksyen 5 (Klang-Kapar) di Selangor
  • Seksyen 6 (Kapar – Assam Jawa) di Selangor
  • Seksyen 8 (Hutan Melintang – Telok Intan) di Perak
  • Seksyen 9 (Kampung Lekir-Changkat Chermin) di Perak
  • Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas) di Perak

Seksyen 11 yang merangkumi 35.5 kilometer adalah penambahbaikan kepada jajaran lebuhraya WCE di Perak dan selepas pembukaannya secara rasmi, pengguna akan menikmati tol percuma sehingga 11 Mei 2024.

Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE)

tol percuma wce seksyen 11

Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE) ialah lebuhraya yang menghubungkan Taiping (Perak) ke Banting (Selangor).

Projek ini dikembangkan oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang dipimpin oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan anak syarikat di bawah IJM Corporation Berhad.

Kerajaan telah memberi kebenaran untuk memulakan pembinaan pada 20 Disember 2013 dengan jangkaan siap dalam masa 5 tahun tetapi projek ini telah mengalami kelewatan sehingga bermula pada Mei 2014.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top