TVET Tahfiz MARA: Bidang Pengajian & Syarat Kemasukan

Program TVET Tahfiz MARA di Institusi Pendidikan Milik MARA

MARA sebelum ini telah memperkenalkan program TVET Tahfiz di institusi pendidikan milik mereka untuk para hufaz.

Program ini ditawarkan di institusi seperti GIATMARA, IKM, KKTM, dan UniKL dengan tujuan memberikan peluang kepada pelajar tahfiz mempelajari kemahiran teknikal sambil meningkatkan tahap hafazan mereka.

Program TVET Tahfiz MARA di Pelbagai Negeri

Saat ini, program ini hanya ditawarkan di 4 institusi pendidikan MARA di seluruh negara. MARA merancang untuk memperluaskan program TVET Tahfiz dengan menambah kursus jangka pendek untuk memenuhi permintaan kerja dalam sektor teknikal negara.

Antara bidang yang bakal ditawarkan termasuk:

  • Elektrik
  • Automotif
  • Reka Bentuk Fesyen
  • Media Digital
  • Perabot
  • Penyaman Udara
  • Perancah
  • Hiasan Dalaman
  • Bangunan
  • Percetakan dan Pengiklanan

UniKL juga akan mengiktiraf pelajar Hufaz Profesional Ulul Albab dan menghantar mereka ke universiti Islam terkemuka. GiatMara pula akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz sehingga tahun 2030 melalui GVTH.

Bidang Pengajian TVET Tahfiz MARA

Antara bidang pengajian yang ditawarkan termasuk:

  • Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara – IKM Besut
  • Diploma Kompetensi Kimpalan – IKM Lumut
  • Diploma Teknologi Automotif Komersial – IKM Jasin
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan – KKTM Ledang
See also  Le Tour de Langkawi 2024 : Jadual Perlumbaan & Trek Laluan

Syarat Kemasukan

Untuk memohon program ini, calon perlu memenuhi syarat berikut:

  1. Berumur antara 18 hingga 40 tahun
  2. Minat dalam bidang teknikal
  3. Kesihatan yang baik
  4. Menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terperinci mengenai program TVET Tahfiz MARA, layari laman web https://www.mara.gov.my.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top