Drama Sebiru Hujung Borneo

Jangan lupa tonton drama bersiri ‘Sebiru Hujung Borneo’ setiap Isnin hingga Jumaat bermula 28 Mac 2024 jam 9:00 malam di TV Okey.

Sebiru Hujung Borneo Episod: 20

Tarikh Tayangan: 28 Mac 2024

Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 9:00 malam

Rangkaian: TV Okey / RTMKlik

Penulis Skrip: Marlin Brando

Pengarah: Marlin Brando

Produksi: AJ Productions Sdn Bhd

Pelakon:
– Tati Eliana sebagai Kilina
– Azam Pitt sebagai Arman
– Dayang Areeda sebagai Tasha
– Sabhi Saddi sebagai Edry
– Fauziah Nawi sebagai Hajah Rohana
– Jalaludin Hassan sebagai Datuk Omar
– Awang Karim Kadir sebagai Gundarom
– Enn Xaviera sebagai Rina
– Ray Ridzuan sebagai Ray
– Rosario Bianis sebagai Rozana

Sinopsis Sebiru Hujung Borneo mengisahkan seorang gadis Rungus dari Simpang Mangayau, Kudat (Hujung Borneo) bernama Kilina yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi. Kilina menyertai pertandingan Bakat Bintang Kudat untuk mengejar cita-citanya.

Kilina melarikan diri dari rumah panjang untuk mengejar impian tersebut di Kuala Lumpur, namun malangnya beliau hamil dan ditinggalkan oleh Edry. Setelah itu, Kilina kembali ke Simpang Mangayau untuk memperbetulkan kesilapannya dengan cara menipu ayahnya, Gindarom, dengan mengatakan bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya akan tiba di rumah panjang.

See also  Biodata Haidar Hasanudin

Di sisi lain, Arman dari Kuala Lumpur ingin menjadikan perkahwinannya dengan Rina sebagai hadiah untuk Hajah Rohana sebelum neneknya itu meninggal. Namun, Rina meninggalkan Arman ketika sesi gambar pra perkahwinan di Simpang Mangayau.

Ketika Arman mencari Rina di Kudat, beliau tersesat dan diperkenalkan sebagai suami Kilina oleh Gindarom, ayah Kilina. Untuk menjaga rahsia Kilina, Arman bersetuju untuk berpura-pura menjadi suami Kilina demi menyelamatkan nyawa Kilina dan bayi dalam kandungannya.

Keputusan Arman membawa konflik yang semakin memuncak sehingga membabitkan isu besar ‘Tanah Adat’ di Simpang Mangayau. Arman kembali ke rumah panjang untuk mencari pertolongan Kilina, dan keadaan menjadi semakin rumit antara Arman dan Kilina.

Saksikan drama ‘Sebiru Hujung Borneo’ untuk mengetahui penyelesaiannya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top