Air Mazi – Perbezaannya Dengan Air Mani & Keperluan Mandi Wajib

Air Mazi – Apa Perbezaannya Daripada Air Mani & Keperluan Mandi Wajib

Banyak yang keliru bila cecair keluar dari kemaluan, tak pasti apa sebenarnya cecair tersebut.

Penting untuk memahami jenis-jenis cecair yang keluar dari kemaluan untuk memastikan keabsahan ibadah yang dilakukan. Salah satu cecair yang penting untuk difahami adalah air mazi.

BACA JUGA: Air Selusuh Bahayakan Bayi? 5 Fakta yang Perlu Anda Tahu

Apa Itu Air Mazi?

Air mazi ialah cecair berwarna putih, halus, dan melekit. Sifat air mazi bagi lelaki dan perempuan adalah serupa. Ia hampir sama dengan air mani.

Mazi keluar semasa menguatnya syahwat. Ia keluar tanpa pancutan dan tidak diiringi dengan kekerasan zakar. Sering kali, ia keluar tanpa disedari.

Fungsi

Salah satu fungsi utama cecair mazi adalah untuk memberikan fungsi pelincir semula jadi semasa hubungan seksual.

Ini membantu mengurangkan geseran di antara saluran reproduktif lelaki dan perempuan, menambah keselesaan, dan mengurangkan kecederaan atau iritasi. Selain itu, cecair ini juga membantu menyucikan saluran kencing daripada sisa-sisa urin sebelum ejakulasi berlaku.

See also  Piala Sumbangsih 2024 [LIVE] JDT vs Selangor (10 Mei 2024)

Satu lagi fungsi pentingnya adalah untuk meningkatkan peluang sperma untuk bertahan dan bergerak ke arah rahim semasa hubungan seksual.

Walaupun tidak mengandungi sperma, air mazi memainkan peranan penting dalam proses pembuahan dengan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sperma bergerak dengan lancar.

Perlu Mandi Wajib Apabila Keluar Air Mazi?

Air mazi diklasifikasikan sebagai najis. Ia membatalkan wuduk. Jika sedang solat dan pada masa itu terasa keluar cecair tersebut serta menampakkan tanda-tandanya walaupun sedikit, solat menjadi batal.

Namun, anda tidak perlu mandi wajib. Ini berbeza dengan air mani.

Berdasarkan sebuah hadis riwayat Saidina Ali RA yang menyebut:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”

[Hadis ini adalah sahih diriwayatkan oleh Abu Daud: 1/47, Al-Nasaie: 1/93, Imam Al-Bukhari meriwayatkan maknanya seumpama hadis di atas: 1/105 (no 266), Muslim: 3/212 (no 303)]

Perbezaan Air Mazi dan Air Mani

Air Mazi - Perbezaannya Dengan Air Mani & Keperluan Mandi Wajib

Dalam bahasa Arab, air mani berasal dari perkataan ( أمْنَى – يُمْنِيْ), yang bermaksud terpancut.

See also  PBAKL 2024 : Peta Lokasi, Senarai Reruai, Waktu & Tarikh Acara

Air mani dikenali kerana keluarnya melalui pancutan, berwarna putih dan pekat.

Menurut firman Allah SWT:

خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ

Maksudnya: “Manusia dijadikan dari air mani yang terpancar.

(Surah Al-Tariq: 6)

Bagaimana Kenal Pasti Air Mani

1. Merasa puas selepas cecair keluar.

2. Keluarnya dengan pancutan.

3. Bau seperti tepung basah atau bau putih telur kering.

Perbezaan di antara keduanya adalah seperti berikut:

AIR MAZI AIR MANI
Cecair pra-ejakulasi sebelum orgasme. Cecair keluar semasa ejakulasi.
Jernih Berwarna keruh
Licin Kesat

Kesimpulan

Jadi, mandi wajib atau mandi junub dalam Islam wajib dilakukan apabila seseorang mengalami keluarnya air mani sama ada sengaja atau tidak. Mandi wajib tidak diperlukan apabila keluar air mazi.

RUJUKAN:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top