Kenali Demam: Jenis, Gejala, dan Rawatan
Apabila suhu badan meningkat, mungkin kita menganggapnya sebagai demam. Namun, tahukah anda bahawa setiap individu mempunyai rentang suhu badan yang berbeza bergantung kepada faktor tertentu.
Pada artikel ini, kita akan menerangkan mengenai demam yang sering berlaku pada kanak-kanak mahupun dewasa.
Info Tambahan:
Apa itu Demam?
Demam berlaku apabila suhu badan individu meningkat melebihi paras normal. Ini mungkin menandakan badan sedang berjuang melawan jangkitan virus atau bakteria. Selain itu, demam juga boleh berlaku selepas pemberian vaksin, pendedahan kepada cuaca panas, atau terlalu lama terdedah di bawah sinaran matahari.
Suhu Demam Mengikut Umur
Suhu badan normal berbeza bagi setiap individu. Namun, secara am, suhu 38°C atau lebih tinggi dianggap sebagai demam. Suhu ini juga boleh dipengaruhi oleh jenis termometer yang digunakan.
Berikut adalah panduan suhu demam mengikut peringkat umur:
- Bayi dan kanak-kanak: 36.6°C – 37.2°C
- Dewasa: 36.1°C – 37.2°C
- Dewasa berumur 65 tahun ke atas: Lebih rendah dari 36.°C
*Setiap individu boleh mempunyai suhu badan sedikit lebih tinggi atau lebih rendah daripada garis panduan di atas.
Gejala Demam
Individu yang mengalami demam mungkin mengalami gejala seperti:
- Menggigil
- Berpeluh
- Sakit badan
- Sakit kepala
- Kelesuan (lemah)
- Menjadi mudah marah
- Kehilangan selera makan
- Dehidrasi
- Muka memerah
- Sakit telinga
- Kencing kurang dari biasa
- Nada suara anak tinggi
Punca Demam
Demam boleh menjadi tanda beberapa keadaan kesihatan tertentu yang mungkin memerlukan perhatian perubatan. Antara punca demam termasuk jangkitan seperti selsema, keletihan haba, jangkitan virus, selaran matahari, dan sebagainya.
Perubatan dan rawatan biasa yang diberikan termasuk penggunaan ubat seperti Parasetamol dan ubat anti-radang.
Tips Rawatan Demam
Jika suhu badan tinggi, anda boleh turunkan suhu badan dengan cara seperti:
- Ukur suhu badan dengan termometer
- Banyakkan minum air
- Makan makanan yang ringan
- Beri ubat demam jika perlu
- Perhatikan pakaian yang dikenakan
- Lap badan dengan tuala basah
- Pantau suhu badan secara berkala
Sila Jumpa Doktor Sekiranya
Demam boleh sembuh sendiri tapi jika anak mengalami demam yang tinggi atau gejala lain, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Harap info di atas berguna untuk anda semua dalam mengenali, merawat, dan memahami demam. Jaga kesihatan!