Biodata Aya Amiruddin (Freakayaisfreak)
Maklumat Peribadi
- Nama Penuh: Fidya Natasha Amiruddin
- Nama Komersial: Aya Amiruddin
- Umur: 26 tahun (2023)
- Tempat Lahir / Asal: Kuala Lumpur
- Agama: Islam
- Pekerjaan: Pelakon, Pelawak, Personaliti Media Sosial
- Instagram: @freakayaisfreak
- TikTok: @freakayaisfreak
Latar Belakang
Aya Amiruddin, yang juga dikenali sebagai Freakayaisfreak, adalah seorang personaliti media sosial yang berdarah campuran Malaysia dan Afrika. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil. Aya memulakan kerjaya sebagai pencipta kandungan di Instagram dan kemudian menyertai platform TikTok, di mana beliau mendapat 40,000 pengikut dalam masa dua hari dan kini mempunyai 680,000 pengikut.
Kerjaya
Aya terkenal sebagai pelawak dan pernah beraksi di pertandingan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim 3 pada tahun 2022. Beliau juga mencuri perhatian melalui program Mega Spontan 2023. Dalam bidang lakonan, Aya telah berlakon dalam drama berepisod dan telefilem, serta mengasah bakatnya dalam arena teater. Pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, beliau berkolaborasi dengan Luqman Podolski dan Norreen Iman untuk persembahan nyanyian.
Fakta Menarik
- Fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
- Tidak pernah dibuli semasa di sekolah.
- Aktif dalam sukan lontar peluru semasa di bangku sekolah.
- Mempunyai seorang kekasih bernama Sleem yang menjadi penyokong tegar dalam kerjayanya.
- Sahabat baik dan pasangan duo kepada instafamous Norreen Iman.
Video
Sumber:
- Kekasih pendorong Aya Amiruddin
- Digelar adik Sean Kingston, gadis ini dah biasa disoal asal usul… fasih cakap Melayu buat ramai keliru, personaliti menarik buat rezeki tak putus