Biodata Dayang Anisha, Bakal Berkahwin Dengan Putera Mateen (Brunei)

Tidak lama lagi, Putera kesayangan ramai, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah akan melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam. Berita ini disambut baik oleh rakyat dan netizen, yang memberikan ucapan tahniah kepada pasangan diraja ini.

Biodata Dayang Anisha

  • Nama Penuh: Dayang Anisha Rosnah Adam / Anisha Isa Kalebic
  • Umur: 29 tahun (2023)
  • Tarikh Lahir: 1994
  • Jantina: Perempuan
  • Warganegara: Brunei Darussalam
  • Agama: Islam
  • Keluarga: Cucu kepada Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim (datuk), Danial Deen Isa Kalebic (abang)
  • Pekerjaan: Usahawan

Fakta Menarik Tentang Dayang Anisha

Dayang Anisha Rosnah Adam, bakal isteri Putera Mateen, mempunyai banyak fakta menarik yang mungkin anda ingin ketahui. Berikut adalah lapan fakta menarik mengenai beliau:

1. Dayang Anisha adalah cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.

2. Datuknya juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.

See also  Filem Budak Flat (Prime Video Amazon Original)

3. Dari November 1974 hingga Januari 1984, Datuk Anisha juga pernah menjadi Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.

4. Anisha memiliki seorang abang kandung yang dikenali dengan nama Danial Deen Isa Kalebic, yang merupakan sahabat rapat Mateen.

5. Beliau juga merupakan graduan universiti terkenal di England dan memiliki perniagaan fesyennya sendiri yang dikenali sebagai Slik Collective.

6. Dayang Anisha juga terlibat dalam perniagaan sektor pelancongan bersama rakan baiknya yang dikenali sebagai Aunthentirary.

7. Selain memiliki wajah yang cantik, Anisha juga memiliki minat dalam memasak. Dia mempunyai akaun Instagram yang didedikasikan khas untuk hobi memasaknya. Mateen juga menyukainya.

8. Anisha juga aktif dalam bersenam, seiring dengan minat suaminya, Putera Mateen. Mereka memang pasangan yang sepadan.

Untuk maklumat lanjut, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari, bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024.

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top