Biodata Izz Ilham, Pelakon Drama Budak Tebing 3 (TV3)

Siapakah Izz Ilham? Muhammad Izz Ilham Nazuadi atau lebih dikenali sebagai Izz Ilham, merupakan seorang pelakon remaja lelaki Malaysia yang memulakan kerjaya lakonannya sejak kecil.

Beliau mencipta nama dalam dunia seni melalui watak lakonannya bersama Wafiy, Erissa, Mia Sara, dan Sweet Qismina dalam drama bersiri Super Game Boy, yang mendapat sambutan hangat di saluran Astro Ceria.

Izz Ilham juga membuat kemunculan di saluran TV3 melalui siri Budak Tebing Musim 3, menggantikan Fariz Isqandar dalam watak Yoyol.

Biodata Izz Ilham

  • Nama Sebenar: Muhammad Izz Ilham bin Nazuadi
  • Nama Komersial: Izz Ilham
  • Umur: 20 tahun (2023)
  • Tarikh Lahir: 28 Januari 2003
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak bongsu daripada tiga adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon
  • Instagram (IG): @izzilhamnzd

Latar Belakang

  1. Izz Ilham dilahirkan pada 28 Januari 2003, di Kuala Lumpur kepada pasangan Nazuadi Muhammad (bapa) dan Nor Azlin Abu Bakar (ibu).
  2. Izz merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik, kesemuanya lelaki.
  3. Adik beradiknya termasuk Izz Irfan (sulung) dan Izz Iqmal (anak kedua).
  4. Popularitinya meningkat melalui peranannya dalam drama komedi bersiri Super Game Boy di Astro Ceria, di mana beliau bekerjasama dengan Wafiy Ilhan, Erissa Puteri, Mia Sara, dan Sweet Qismina.
  5. Izz turut membintangi drama dan telefilem seperti Super Game Boy: The Geng Returns, Keluarga Iskandar The Movie, Geng Kampung Pisang, Epok, Sebelum Lima Perkara, Lambaian Ramadhan, Karlos, dan Budak Tebing 3.
See also  Filem Sayu Yang Syukur (2023)

Fakta Menarik Izz Ilham

  1. Beliau bermula sebagai pelakon kanak-kanak dan masih aktif dalam bidang lakonan hingga kini.
  2. Abang sulungnya, Muhammad Izz Irfan Nazuadi atau Izz Irfan, 24, juga seorang aktor terkenal kerana peranannya sebagai Fendi dalam siri drama Geng Bas Sekolah.
  3. Terkini, Izz membawakan watak popular Yoyol dalam siri drama Budak Tebing 3, yang merupakan sambungan kepada Budak Tebing 2, bersama Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Nabil Aqil, Firdaus Ghufran, Nelissa Nizam, dan Nia Atasha.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top