Cuti Semester Matrikulasi 2024, Takwim & Tarikh Peperiksaan





Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2024 – Takwim KPM

Takwim Matrikulasi Sesi 2023/2024

Takwim Matrikulasi untuk tahun penggal 2023/2024 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelajar baru.

Selamat kepada semua pelajar SPM yang berjaya dipilih untuk menyambung pengajian ke peringkat Matrikulasi. Semoga pengalaman baru ini memberi semangat kepada anda untuk terus berusaha dalam pembelajaran dan seterusnya mengejar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pilihan anda.

Apa itu Program ‘Matrikulasi’?

Program matrikulasi merupakan persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian sebelum memasuki peringkat Ijazah Pertama di universiti atau kolej universiti.

Sebelum ini, program ini dikelola oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan cara yang berbeza. Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih untuk menyatukan dan menstandardkan pelaksanaan program ini.

Tarikh Lapor Diri

Tarikh lapor diri untuk pelajar baru Matrikulasi 2023 adalah seperti berikut:

  • 9 Julai 2023 – Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 10 Julai 2023 – Kumpulan B (Negeri lain)
See also  Niat Iktikaf, Hukum & Soalan Lazim Mengenainya

Sila rujuk surat tawaran untuk maklumat terperinci mengenai kampus Matrikulasi dan bidang pengajian yang ditawarkan.

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2023/2024

Kalendar akademik untuk sesi 2023/2024 mengikut Takwim Matrikulasi yang dikeluarkan oleh KPM:

  • Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Johor
  • Kumpulan B – Negeri lain

Semester I/III

Takwim Matrikulasi Semester 1

Semester II/IV

Takwim Matrikulasi Semester 2

Cuti pelajar Matrikulasi berbeza mengikut negeri lokasi Matrikulasi. Tambahan cuti akan diberi untuk perayaan-perayaan tertentu.

  • Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2023 (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan)
  • Hari Gawai Dayak – 1 & 02 Jun 2023 (Sarawak)
  • Hari Krismas – 25 Disember 2023

Muat Turun Takwim Matrikulasi

Anda boleh muat turun Takwim Matrikulasii sesi 2023/2024 dalam format PDF yang disediakan oleh KPM di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top