Drama Anggun Mikayla

Jangan lepaskan drama terbaru Viu Original, Anggun Mikayla yang diadaptasi daripada novel karya Liza Nur. Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama ini dibintangi oleh Nabil Aqil dan Alya Iman.

Anggun Mikayla

Episod: 13

Tarikh Tayangan: April 2024

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon:

– Nabil Aqil sebagai Idriz
– Alya Iman sebagai Mikayla
– Razin Qidran
– Zarrin Nuqman
– Lisdawati
– Amanda Tan
– Emelda Rosemila
– Masniza Manan

Sinopsis Anggun Mikayla

Mikayla, seorang gadis anggun yang tidak seperti gadis biasa. Walaupun dilanda pelbagai ujian dan kecederaan, dia tetap mampu tersenyum kepada dunia. Meskipun tidak diiktiraf, Mikayla tidak membenci individu yang mengasari dirinya.

Pertemuan tidak dijangka antara Mikayla dan Idriz menyebabkan hubungan aneh terjalin di antara mereka. Hati Idriz terpaut pada wanita yang ditemuinya dalam keadaan yang mengejutkan.

Asif, seorang lelaki yang suka mengusik, mula sedar yang perasaan sayangnya semakin tumbuh. Namun, kehadiran Aidan, lelaki dari masa lalu Mikayla yang meminta maaf, menimbulkan rasa cemburu di antara Asif dan Idriz.

See also  19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam

Keanggunan Mikayla menggoncangkan tiga hati. Namun, obsesinya kekal, untuk mendapatkan sedikit kasih sayang dari individu yang enggan mengaku kewujudannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top