Drama Kami Orang KL (TV3)

Jangan lepaskan drama komedi menarik daripada Rumah Karya Citra bertajuk ‘Kami Orang KL’ yang akan ditayangkan bermula 30 November 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 dan juga boleh ditonton secara eksklusif dalam HD melalui Tonton di www.tonton.com.my.

Kami Orang KL

  • Episod: 15
  • Tarikh Tayangan: 30 November 2023
  • Waktu Siaran: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
  • Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
  • Penulis Skrip: Eirma Fatima
  • Pengarah: Nur Ain Sharif
  • Produksi: Rumah Karya Citra

Lagu Tema

  • Tajuk: Kong Kali Kong
  • Penyanyi: Floor 88 x Namie

Watak Pelakon

  • Ropie sebagai Hussein
  • Liza Abdullah sebagai Rafeah
  • Amyza Aznan sebagai Cik Dah
  • Andi Bernadee sebagai Iqmal
  • Afifah Nasir sebagai Kamsiah
  • Razmansyah sebagai Hassan
  • Scha Elinnea sebagai Faizah
  • Maria Farida sebagai Kartina
  • Husna Mustafa sebagai Haiza

Sinopsis Kami Orang KL

Mahmood menawarkan rumahnya di KL (Kuala Lumpur) kepada kakaknya, Rafeah (Liza Abdullah). Rafeah dan keluarganya sangat bersemangat untuk berpindah, berangan menjadi orang KL. Namun, adakah mereka sekeluarga dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di KL?

See also  Biodata Bell Ngasri, Bintang Paling Popular ABPBH 35

Keadaan menjadi seronok apabila Rafeah mula berlagak seperti orang kaya dan suaminya Hussein (Ropie), AJK surau dari kampung, bersikap seperti pemimpin. Sikap Hussein yang suka menegur penduduk kawasan perumahan menyebabkan ketidakselesaan di kalangan jiran terutama Cik Dah (Amyza Aznan).

Kegemparan berlanjutan apabila anak-anak Rafeah turut berangan besar selepas tiba di KL. Hassan (Razmansyah), anak lelaki Rafeah, berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal, sementara Kamsiah (Afifah Nasir) bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial yang berjaya.

Kejayaan mendadak Kamsiah menimbulkan kecemburuan Hassan. Apa yang akan dilakukan Hassan untuk mencapai impian menjadi penyanyi terkenal? Adakah kedatangan keluarga Rafeah akan menyebabkan lebih banyak ketidakselesaan di kalangan jiran tetangga? Jangan lepaskan kisah lucu dan kelakar ‘Kami Orang KL’!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top