Drama Rajuk Karina (TV3)

Drama “Rajuk Karina” yang diadaptasi daripada novel karya Sufea Hareez akan disiarkan di slot Akasia TV3 mulai 10 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh ditonton di tonton.com.my.

Drama Rajuk Karina

  • Episod: 28
  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
  • Penulis Novel: Sufea Hareez
  • Penulis Skrip: Rozie Rashid, MoonRahdin
  • Pengarah: Harris Fadzillah
  • Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Watak Pelakon Rajuk Karina

  • Siti Hariesa sebagai Karina
  • Yusuf Bahrin sebagai Mizan
  • Nazim Othman sebagai Saiful
  • Puteri Aishah sebagai Anum
  • Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya
  • Anne Abdullah sebagai Asmah
  • Shweta Sekhon sebagai Jasmine
  • Zainol Ismail sebagai Pak Mud
  • Sera Melissa sebagai Syakila
  • Fara Nadiah sebagai Shidah
  • Rahim Omar sebagai Dato Kahar
  • Ainina Ahmad sebagai Milah
  • Zarina Zainuddin
  • Abd Manan Sulaiman
  • Haidar Hasanudin sebagai Daniel
  • Neera Azizi sebagai Balqish

Sinopsis Rajuk Karina

Drama ini mengisahkan Karina dan Mizan yang saling memanjakan sejak kecil. Namun, penolakan Mizan untuk berkahwin dengan Karina membuatnya kecil hati. Karina cuba melupakan Mizan dan menerima Saiful, tetapi Saiful bermain kayu tiga.

See also  Fakta Menarik & Biodata Hafidz Roshdi

Diceraikan ketika hamil, Karina harus kuat demi anaknya, Batrisya. Dengan sokongan Mizan, mereka bersatu, tetapi banyak rintangan yang terbentang. Apa yang akan terjadi bila Anum muncul dengan kegilaannya? Adakah dia akan berjaya merampas Mizan dari Karina?

Drama ini menjanjikan plot yang menarik dan pelakon yang berbakat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama ini di TV3!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top