Filem Cycle Uzair Cycle

Filem Cycle Uzair Cycle mengisahkan kisah inspirasi seseorang yang mengkejar impian menjadi ‘Youngest Super Randonneur MYS 2020’ yang tercatat dalam Malaysia Book Of Records. Anda boleh menyaksikan ‘Cycle Uzair Cycle’ mulai 11 Oktober 2023 ini di platform Tonton.

Filem Cycle Uzair Cycle

Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2023
Pengarah: Zuli Ismail
Produksi: Qaisworks Production

Pelakon-Pelakon Utama

  • Al Rayyan Ho sebagai Uzair
  • Nadia Aqilah sebagai Hanim
  • Fikhree Bakar sebagai Syauqi
  • Aresya Rania sebagai Athirah
  • Syed Muhammad Baqir sebagai Uwais
  • Syed Ali Murthada sebagai Harith

Sinopsis Cycle Uzair Cycle

Filem ini diilhamkan daripada kisah benar. Hanim (Nadia Aqilah) dan Syauqi (Fikhree Bakar) telah berkahwin pada usia muda semasa mereka masih di universiti. Mereka dikurniakan dengan 4 orang anak, iaitu Harith (Syed Ali Murthada), Athirah (Aresya Rania), Uzair (Al Rayyan Ho), dan Uwais (Syed Muhammad Baqir). Ketika anak-anak mereka semakin membesar, Hanim mula merasa ada yang berbeza dalam perkembangan Uzair.

Uzair membesar dengan cara yang berbeza, dia kurang bercakap dan menghadapi kesulitan dalam menguasai kosa kata, sering meluahkan kemarahan, tidak menunjukkan minat dalam alatan permainan, mempunyai waktu tidur yang tidak teratur, dan sentiasa penuh dengan tenaga.

See also  Biodata Daniel Fong: Pelakon Drama 'Bintang'

Pada usia 3 tahun, Uzair telah dikenalpasti oleh doktor sebagai seorang individu yang positif mengalami autisme. Keputusan ini membawa kepada cabaran besar dalam kehidupan keluarga mereka, termasuk cabaran fizikal, kewangan, emosi, dan rohani yang mereka terpaksa hadapi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top