Drama Ratu Lori (TV Okey)

Tontonlah siri drama menarik ‘Ratu Lori’ arahan Adam Hamid yang menghimpunkan pelakon-pelakon hebat seperti Puteri Sarah Liyana, Hafreez Adam, Aishah Azman, Syaffiq Sahli, dan ramai lagi.

Drama Ratu Lori

Bilangan Episod: 20
Tarikh Tayangan: Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam
Saluran: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Rosmadewi Zin, Sharifah Faniza
Pengarah: Adam Hamid
Penerbitan: Tenview Sdn Bhd

Pelakon Utama

  • Puteri Sarah Liyana sebagai Shima
  • Hafreez Adam
  • Aishah Azman
  • Syaffiq Sahli
  • Hilal Azman
  • Aida Khalida
  • Mas Anizan

Sinopsis Ratu Lori

Kisahnya tentang Shima, seorang wanita muda berusia 24 tahun yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang akauntan, mempunyai kecantikan yang memukau. Shima mempunyai seorang abang bernama Yusof yang menjalankan perniagaan pengangkutan lori.

Suatu hari, Yusof mengalami kemalangan yang serius dan patah kaki. Kejadian tersebut mewajibkan Shima untuk mengambil alih peranan abangnya dalam perniagaan pengangkutan lori kerana terdapat jadual kerja yang perlu diteruskan. Bagaimanakah Shima akan menguruskan tanggungjawab ini dan sejauh mana dia akan melangkah dalam dunia perniagaan yang sebelum ini asing baginya?

See also  Drama Gamers Mangkuk (Astro Originals)

Ikuti perkembangan dramatik ‘Ratu Lori‘ untuk mengetahui lebih lanjut!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top