Filem Impak Maksima Underground

Jangan lepaskan untuk menonton ‘Impak Maksima Underground’, filem perlumbaan kereta drift yang sarat dengan aksi dan emosi, mulai 15 November 2023 secara eksklusif di Tonton.

Impak Maksima Underground

  • Tarikh Tayangan: 15 November 2023
  • Pengarah: Raja Mukhriz
  • Produksi: Excellent Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon

  • Syafi Tee sebagai Rudy
  • Ismail Izzani sebagai Arie
  • Nia Atasha sebagai Aida
  • Juzzthin sebagai Idlan
  • Cat Farish
  • Zul Huzaimy
  • Ucop

Sinopsis Impak Maksima Underground

Kisah perjalanan seorang pemuda, Rudy (Syafi Tee), yang memiliki minat mendalam dalam sukan permotoran drift. Impiannya untuk menjadi seorang drifter profesional mendorongnya untuk bermula dari bawah, bekerja sebagai pembantu am di Aylezo Speedzone & Speedway, sebuah trek Go Kart dan akademi sukan permotoran.

Rudy memanfaatkan setiap peluang yang muncul, termasuk mengambil tanggung jawab di premis dan mengikuti kelas drift yang diajar oleh Abang Johan, seorang drifter profesional. Namun, cabaran-cabaran tidak dapat dielak dalam perjalanan Rudy menuju impian tersebut.

Beliau juga mengetahui tentang pertubuhan perlumbaan kereta rahsia, Impak Maksima Underground, yang menekankan kredibiliti pemandu daripada wang dan kekayaan semata-mata.

See also  Filem Romantik "Pinang Durian"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top