Filem Memoir Seorang Guru

Jangan lepaskan tayangan filem ‘Memoir Seorang Guru’ yang diadaptasi daripada novel oleh Allahyarham Azizi Abdullah, akan berlangsung di pawagam bermula 30 Mei 2024. Filem arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nabila Huda, Johan Asa’ri, Ellie Suriaty, Zul Huzaimy, dan yang lain.

Memoir Seorang Guru
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2024
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Che Li
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Tanah Merah Venture, Kalam Ariff, Mache Allstar

Watak Pelakon
– Rosyam Nor sebagai Cikgu Sunan
– Nabila Huda sebagai Kamariah
– Rosyam Nor
– Nabila Huda
– Johan As’ari
– Trisha Ooi
– Hariz Hamdan
– Zul Huzaimy
– Jesse Lim
– Ellie Suriaty Omar

Sinopsis Memoir Seorang Guru
Memoir ini mengisahkan tentang seorang guru, Cikgu Sunan (Datuk Rosyam Nor) yang menentang gigih cita-cita anak perempuannya, Kamariah (Nabila Huda) untuk mengikuti jejak langkahnya dalam bidang pendidikan. Cikgu Sunan tidak mahu Kamariah terjerumus ke dalam kesulitan yang pernah dialaminya sewaktu bersara nanti.

See also  Biodata Nik Iruwan - Bakal Tunang Nabila Razali?

Konflik dalaman dan kekeliruan yang dihadapi sepanjang menjadi seorang pendidik menyebabkan Cikgu Sunan berasa sukar untuk meluluskan keinginan Kamariah. Baginya, bukanlah dia melarang Kamariah untuk menjadi seorang guru, tetapi dia risau sikap buruknya ketika mengajar mungkin turut meresap kepada anaknya.

Cikgu Sunan sedar bahawa profesion mulia ini tidak sekadar untuk memperoleh ganjaran dalam bentuk gaji, tetapi lebih penting lagi sebagai seorang pendidik yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam membentuk akhlak pelajar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top