Filem Pukul Mersing

Tonton filem aksi komedi terbaru ‘Pukul Mersing’ yang diarahkan oleh Izuan Mokhtar, mulai 25 Oktober ini. Anda boleh menontonnya melalui aplikasi Tonton atau melayari laman web www.tonton.com.my.

Filem Pukul Mersing

Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2023
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Nizra Entertainment

Senarai Pelakon

  • Fadhli Masoot sebagai Fawwaz
  • Azzam Sham sebagai Jazlan
  • Wanns Ahmad sebagai Ammar
  • Nam Ron sebagai Tok Ayah
  • Cik B sebagai Melur
  • Farisha Iris sebagai Tiya
  • Niezam Zaidi sebagai Agus
  • Izzy Reef sebagai Apan
  • Ziha Salleh sebagai Bunga
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tok Guru Karim

Sinopsis Pukul Mersing

Pukul Mersing‘ mengisahkan pengembaraan tiga sahabat dalam usaha mereka untuk mencari erti sebenar persahabatan dan ilmu persilatan yang autentik. Fawwaz (Fadhli Masoot) mempunyai tekad untuk menemui makna sebenar ilmu persilatan dan seorang guru yang boleh mewariskan ilmu ‘Buah Pukul Mersing’.

Di samping itu, Jazzlan (Azzam Sham) dan Ammar (Wanns Ahmad) adalah rakan-rakan kolej dan juga rakan serumah Fawwaz yang aktif dalam pembikinan video di platform YouTube, dengan hasrat untuk mengkaji ilmu persilatan dan memecahkan rahsia yang berkaitan dengan unsur gangsterisme.

See also  Drama Inspektor Babyface (TV2)

Untuk membuktikan persepsi kawan-kawannya yang salah, Fawwaz mengajak mereka untuk menjelajahi dan memahami hakikat sebenar ilmu persilatan. Persahabatan di antara Fawwaz, Jazzlan, dan Ammar diuji dalam perjalanan mereka apabila mereka memutuskan untuk pergi ke Mersing untuk mencari seorang guru yang dikenali dengan ilmu ‘Buah Pukul Mersing’.

Di dalam pengembaraan ini, mereka akan memahami makna pengorbanan, semangat keberanian yang wujud dalam persahabatan yang setia, dan nilai-nilai tulen ilmu persilatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top