Filem Sayu Yang Syukur (2023)

Diterbitkan oleh syarikat Nusanbakti Production, Sayu Yang Syukur merupakan filem kedua yang diarahkan oleh Datuk Aaron Aziz selepas Romeo Kota.

Ia adalah sebuah filem dramatik konflik percintaan yang menarik yang menampilkan Aaron Aziz, Nora Danish, dan Arja Lee sebagai watak utama. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Disember 2023.

“Untuk skrip, saya membuat 90 peratus olahan berbanding skrip asal dengan memasukkan idea-idea baharu agar filem ini mempunyai kelainan dengan filem cinta yang lain. Begitu juga dengan pemilihan pelakon apabila saya diberi sepenuh kepercayaan untuk memilih barisan pelakon yang saya inginkan,” jelas Datuk Aaron Aziz.

Filem Sayu Yang Syukur

  • Genre: Drama
  • Tarikh Tayangan: 28 Disember 2023
  • Pengarah: Datuk Aaron Aziz
  • Produksi: Nusanbakti Production

Barisan Pelakon

  • Aaron Aziz sebagai Qudaim
  • Nora Danish sebagai Liyana
  • Arja Lee sebagai Jefri
  • Dato Ahmad Tamimi Siregar
  • Raja Emma
  • Kismah Johar
  • Mohd Khafairie
  • Nabilah Maisyrah
  • Sariyanti

Sinopsis Sayu Yang Syukur

Kisah tragik Liyana bermula apabila dia pulang ke Kuala Lumpur dari kampung pada suatu senja. Keretanya terbabas ke cerun selepas melanggar tayar yang terjatuh dari lori semasa hujan lebat. Qudaim (Aaron Aziz) dan Adam, walaupun di bawah pengaruh bahan terlarang, berusaha membantu Liyana yang berada di cerun.

See also  Drama Bang Maznah Datang (Awesome TV)

Adam memberikan minuman yang mengandungi ubat khayal kepada Liyana. Keadaan menjadi semakin tragik apabila Liyana, yang separuh sedar kerana kemalangan, mamai dengan air khayal, dan dibawa ke sebuah resort.

Di pejabat, Liyana berasa sayu dan buntu kerana dia, yang selama ini membantu mangsa rogol, kini berdepan dengan situasi yang serupa. Kepercayaannya merosot, dan dia mula merasakan kegelisahan apabila mungkin hamil. Liyana bimbang tentang reputasinya dan memikirkan kesan laporan polis yang mungkin merosakkan nama keluarga dan maruah Yayasan.

Sementara itu, Jefri (Arja Lee), rakan sepejabat yang menaruh hati kepada Liyana, terus menunjukkan kesabaran dan kasih sayangnya. Walau bagaimanapun, Liyana masih merahsiakan peristiwa memalukan tersebut daripada Jefri.

Mampukah Liyana membuka hatinya untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik yang bakal terjadi di antara mereka?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top