Filem Syaitan Munafik

Filem seram thriller yang ditunggu-tunggu, “Syaitan Munafik” arahan Allahyarham Majed Saleh, akan tiba di pawagam pada 21 Disember 2023. Filem genre seram dengan modal RM1.7 juta ini dihasilkan sejak 2008 dan menampilkan dua pelakon Indonesia iaitu Dea Lestari dan Tessa Mariska.

“Memang filem ini dah lama tapi kami ‘convert’ dia agar berwajah baru dan tidak dinafikan, ia memakan modal yang tinggi. Selain itu,kami turut memasukkan dolby surrounding, stereo dan kesan khas yang terkini untuk memantapkan kualiti bunyi”

Berikut adalah maklumat mengenai filem ini:

Filem Syaitan Munafik

Genre: Seram Thriller
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2023
Pengarah: Majed Saleh
Produksi: United Nine Creative Sdn Bhd

Senarai Pelakon

  • Bandi Amuk
  • Reedzwan
  • Erin CTJ
  • Adia
  • Affie Rania
  • Siti Khadijah
  • Ashraf Sinclair
  • Faizal Hussein
  • Tessa Mariska
  • Wom UG14
  • Dato Jalaluddin Hassan
  • Ruminah Sidek
  • Nabil Ahmad
  • Dea Lestari
  • Fathil Dani

Sinopsis Syaitan Munafik

Cerita ini mengisahkan tentang kumpulan pelajar yang terdiri daripada dua orang dari Indonesia dan tiga pelajar tempatan. Mereka memulakan sebuah kajian mendalam mengenai kewujudan puteri bunian dan alam ghaib.

See also  Syurga Yang Tersia (TV3)

Perjalanan mereka penuh cabaran, bermula dari awal perjalanan hingga tiba di tapak sebuah gunung yang misteri. Tanpa mengambil kira keanehan yang berlaku, kenderaan yang mereka naiki meluncurkan mereka ke suatu tempat yang nampaknya adalah alam ghaib.

Filem ini akan memberikan situasi cemas dan misteri kepada penonton, dengan watak-watak yang hebat dan suasana yang menggemparkan. Jadi, jom tonton filem “Syaitan Munafik” pada 21 Disember 2023 untuk pengalaman seram yang tidak dapat dilupakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top