Biodata Alif Teega: Ikon Islamik Muda Malaysia

Siapa Alif Teega? Beliau merupakan seorang ikon muda dalam dunia Islam di Malaysia, yang aktif dalam bidang dakwah dan memberikan inspirasi kepada masyarakat melalui perkongsian pengetahuan agama dan motivasi positif. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai beliau:

Biodata Alif Teega

  • Nama Sebenar: Mohd Hazalif bin Mohd Hazani
  • Nama Komersial: Alif Teega
  • Umur: 29 tahun (pada tahun 2023)
  • Tarikh Lahir: 22 Januari 1994
  • Tempat Lahir / Asal: Leeds, United Kingdom
  • Keluarga: Anak bongsu dalam keluarganya. Bapanya telah meninggal dunia.
  • Pendidikan: Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Muamalat dari Universiti Malaya
  • Pekerjaan: Personaliti Media Sosial, Ahli Perniagaan, Penulis, Pencipta Konten, Pendakwah Selebriti, Penceramah Bebas, Pengacara
  • Instagram (IG): @alifteega
  • Tiktok: @alifteega

Latar Belakang Alif Teega

  1. Alif Teega adalah anak kepada pasangan Hazani Hashim (bapa) dan Norrana (ibu).
  2. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Al-Ikram).
  3. Selain menjadi personaliti media sosial dan pendakwah, Alif Teega juga seorang penulis berbakat. Beliau telah menulis beberapa buku, termasuk yang ditulis bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, seperti “Biarku Lindung Mendungmu” serta buku-buku lain termasuk “Selama Nafasku Berhembus,” “Lembaran Cinta Dari Hati,” “Letters From My Heart,” dan “Letters From My Heart Vol 2.”
  4. Beliau dan Aisyah Hijanah Azhari berkahwin pada tahun 2017 dan mempunyai dua orang anak, iaitu Khadeejah Hijanah dan Muhammad Hassan Syarif.
  5. Pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan pada awal tahun 2022 kerana pernikahan mereka sebelum ini tidak sempat dijalankan.
  6. Alif pernah menjadi pengacara dalam rancangan “Halal Lah” yang disiarkan di saluran Astro Oasis.
See also  Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah (TV3)

Fakta Menarik Alif Teega

  1. Nama komersial “Teega” diambil daripada kumpulan dakwah yang pernah disertai oleh Alif Teega ketika mula-mula menceburi dunia media sosial. Kumpulan Teega terkenal kerana usaha mereka dalam berdakwah melalui video yang dimuat naik di laman sosial, bersama dengan dua ahli lain, iaitu Muhamad Dhirar Zainal Abidin dan Irman Bahrudden Erafarn.
  2. Semasa menimba ilmu semasa pengajian, Alif pernah bekerja sebagai waiter dan pemandu Grab untuk menampung kos hidupnya.

Isu Perkahwinan Dengan Isteri

Pada penghujung Oktober 2023, rumah tangga Alif Teega dan isterinya diuji dengan kemunculan seseorang yang cuba mengganggu hubungan mereka. Individu tersebut sebelum ini adalah pekerja mereka sendiri.

Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, isteri Alif membawa suaminya untuk berubat dan mereka mengetahui bahawa Alif telah terkena penyakit ‘ain’ akibat dari hasad dengki oleh pihak ketiga. Beberapa hari kemudian, Alif memberikan kenyataan yang menegaskan bahawa hubungan dengan isterinya masih dalam keadaan baik dan tidak terjejas oleh isu tersebut.

See also  Biodata Hafiz Mahamad, Pengasas Bersama AINAA Beauty dan Suami kepada Syafiqah Aina

Dia menekankan bahawa spekulasi tentang perpisahan mereka adalah tidak benar, dan hantaran di TikTok sebelum ini hanyalah langkah untuk ‘move on’. Isterinya juga mengesahkan bahawa isu orang ketiga yang dikatakan telah mengganggu rumah tangganya telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top