Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang dan Tips Diet Mesra Ginjal

Makanan Berkhasiat Untuk Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang menjadi cabaran yang sukar untuk diatasi. Namun, pemakanan yang sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini dan perlindungan terhadap buah pinggang.

Inilah makanan yang sesuai untuk pesakit buah pinggang:

1. Kacang Macadamia

Kacang biasa mengandungi banyak fosforus yang tinggi, tetapi pelbagai kacang macadamia boleh diambil oleh pesakit buah pinggang. Ia mempunyai kandungan fosforus dan kalium yang rendah serta kaya dengan mineral, lemak sihat, zat besi, dan magnesium.

2. Buah-Buahan Beri

Beri biru mengandungi antioksida yang tinggi seperti anthocyanin yang dapat melindungi badan daripada berbagai penyakit. Kandungan sodium, fosforus, dan kaliumnya yang rendah menjadikannya pilihan yang baik untuk pesakit buah pinggang.

3. Cendawan Shiitake

Cendawan shiitake kaya dengan protein tumbuhan, serat, selenium, mangan, dan vitamin B. Ia juga mempunyai kandungan potassium, sodium, dan fosforus yang rendah berbanding cendawan lain.

Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

4. Kubis dan Kubis Bunga

Kubis adalah salah satu jenis sayuran yang membantu mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang, dan mencegah obesiti. Kubis bunga pula tinggi serat, vitamin K, dan folat.

See also  Semakan Keputusan Rayuan SBP / Sekolah Khusus 2024/2025
Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

5. Tauhu

Tauhu adalah alternatif protein yang baik untuk pesakit buah pinggang kerana kandungan fosforus, potassium, dan protein yang rendah. Ia boleh dijadikan pilihan sebagai sumber protein.

Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Tips Pemakanan Untuk Pesakit Buah Pinggang  

1. Kurangkan Pengambilan Makanan Bergaram

Kelebihan sodium dalam diet boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi dan peningkatan beban pada buah pinggang. Kurangkan sodium dengan mengelakkan makanan segera dan bergaram.

2. Kurangkan Kandungan Potassium

Pesakit perlu mengelakkan makanan tinggi kalium seperti pisang dan kentang. Sebaliknya, pilih kandungan kalium yang rendah seperti kangkung dan nanas.

3. Kawal Pengambilan Protein

Pengambilan protein perlu dikawal kerana ianya boleh menimbulkan lebih beban pada buah pinggang.

4. Hadkan Pengambilan Cecair

Pengambilan cecair perlu dikawal berdasarkan nasihat doktor bagi pesakit buah pinggang.

5. Kurangkan Fosfat / Fosforus

Kurangkan pengambilan makanan tinggi fosforus seperti coklat dan kerang.

Meskipun terdapat makanan perlu dielakkan, terdapat banyak alternatif lain untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan bagi pesakit buah pinggang. Diharapkan tips ini membantu pesakit buah pinggang dalam pemakanan sehari-hari.

See also  Cuti Bersalin Kerajaan: Kelayakan & Cara Memohon

Sumber: MYBuahPinggang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top