MyPsyD: Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai JPA

Berikutan penambahbaikan dalam pengurusan kesihatan psikologi pegawai perkhidmatan awam, kerajaan telah melancarkan portal Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD).

Pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dikeluarkan untuk memperincikan proses pengambilan ujian ini. Setiap pegawai dikehendaki menjawab semua soalan dalam portal Sistem Profiling Kaunseling ini.

Definisi MyPsyD

MyPsyD merupakan satu platform digital yang bertujuan untuk mengenalpasti risiko kesihatan psikologi pegawai perkhidmatan awam. Dengan mengenal pasti tahap risiko kesihatan psikologi, pegawai akan dapat menjaga kesejahteraan mental mereka dan mendapatkan bantuan jika diperlukan.

Keputusan ujian akan menjadi panduan awal bagi mengenal pasti sejauh mana potensi masalah kesihatan mental yang mungkin dihadapi. Data daripada ujian ini juga boleh membantu dalam membangunkan kesihatan mental yang lebih baik bagi pegawai.

Sesuai dengan pekeliling JPA, adalah WAJIB bagi semua pegawai perkhidmatan awam untuk menjalani proses profiling MyPsyD.

Tempoh Perlaksanaan

Perlaksanaan MyPsyD akan berlangsung dari 1 Mac 2024 hingga 1 Ogos 2024. Pelaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut Kementerian / Jabatan / Agensi.

See also  Cara Hilangkan Selsema Tanpa Ubat, Cuba 10 Tips Berkesan!
jadual mypsyd
jadual pelaksanaan mypsyd

Cara Membuat Profiling

Pegawai kerajaan yang ingin menjalani proses profiling di portal MyPsyD boleh mengaksesnya melalui pautan https://mypsyd.jpa.gov.my/#/login

  1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  2. Masukkan Kata Laluan
  3. Klik butang “Log Masuk”

Garis Panduan Penggunaan

Berikut adalah garis panduan umum untuk menggunakan portal MyPsyD:

  • Setiap pegawai perlu mengemas kini maklumat Saringan Kesihatan Kendiri mengikut langkah berikut:
    • Halaman Utama > Kemas kini Rekod Peribadi > Kesihatan > Saringan Kesihatan Kendiri
  • Maklumat yang dikemaskini akan disalurkan kepada pentadbir sistem.
  • Pegawai perlu menjawab semua soalan dalam profil dengan mengklik butang “Ambil Ujian”
  • Hasil profiling kesihatan psikologi akan memberi cadangan tindakan yang perlu diambil. Data dalam sistem disimpan selama 2 tahun, oleh itu pegawai perlu mengemas kini data profil setiap 2 tahun.
  • Data yang dikumpul akan dipantau oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA untuk pemantauan kesihatan psikologi pegawai secara keseluruhan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top