Sabri Yunus dan Angeline Tan (Pi Mai Pi Mai Tang Tu) Selamat Berkahwin

Kuala Lumpur – Pelakon terkenal dari siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan, kini telah bergelar suami isteri. Berita gembira ini dikongsi oleh penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham, dalam kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Beliau menulis, “Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan. Alhamdulillah, kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal hingga ke syurga. Pi mai pi mai tang tu.”

Komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen juga penuh dengan doa-doa kebahagian dan kesejahteraan untuk pasangan ini. Sabri Yunus dan Angeline Tan meraih populariti melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, di mana mereka memegang watak Wan Ismail Golok dan Lucy dengan berkesan.

See also  Chinta Wrong Direction Raya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top