Drama Cik Misi 123 (Astro Ria)

Tontonlah drama romantik komedi yang menghiburkan, ‘Cik Misi 123’, yang dibintangi oleh Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam, dan Bella Dally. Drama ini akan disiarkan bermula 9 Oktober 2023, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO.

Drama Cik Misi 123

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 9 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 6 petang
Rangkaian: Astro Ria / Astro Go
Penulis Skrip: PGR’s Team, Soula Nordin, Chinta Nadessha
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Ariz Media Entertainment Sdn Bhd

Pelakon-Pelakon Utama

  • Adam Lee sebagai Mika @ Mikail Danish
  • Sweet Qismina sebagai Oya @ Ratu Rohaya
  • Hafreez Adam sebagai Dr Aish
  • Bella Dally sebagai Dr Erin
  • Afifah Nasir sebagai Umai @ Siti Umairah
  • Safwan Nazri sebagai Pian @ Sufian Sauri
  • Nick Naem sebagai Japo @ Jaafar Midon
  • Natasya Mahyan sebagai Icha @ Embun Kamariah
  • Najua P. Ramlee sebagai Anita
  • Faiz Dickie sebagai Baby @ Baharuddin
  • Wan Sharmila sebagai Sister Jenab
  • Mark Adam sebagai CI Harun
  • Malek Mccrone sebagai Remy
  • Zamarul Hisham sebagai En Edris
  • Watie Elite sebagai Pn Rahilah
See also  Fakta Menarik dan Biodata Sophia Albarakbah

Lagu Tema

Tajuk: Cik Misi
Penyanyi: Mark Adam
Lirik: Altimet
Komposer: Mark Adam

Sinopsis Drama Cik Misi 123

Cerita ‘Cik Misi 123’ mengisahkan perjalanan Oya yang terpaksa menyertai kursus kejururawatan atas tekanan daripada ibu bapa. Di kolej ini, Oya bertemu dengan Mika, yang kemudiannya cuba untuk memenangi hatinya. Ketika mereka bekerja di hospital, konflik besar bermula apabila Dr. Aish, tunang lama Oya, muncul, dan ini menjurus kepada kecemburuan Dr. Erin, rakan perempuan Dr. Aish.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top